Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Sabtu, 16 Oktober 2010

Berjalan tanpa menggunakan kaki

“Blog walking” atau amalan ziarah dari blog ke blog dapat mengeratkan silaturrahim dalam dunia online.Cara interaksi yang boleh memberikan banyak idea untuk menulis dan melihat gelagat serta perasaan seseorang disamping dapat menghilangkan stress.Selain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan ia juga merupakan satu cara untuk bertukar-tukar idea dan pandangan.Selain dapat mengenali individu tertentu melalui cara penampilan blog dan gaya bahasa yang digunakan.Secara realiti mungkin kita tidak dapat bersemuka dengan individu atau tuan/puan/cik/en tetapi melalui penampilan blog tersebut mungkin kita dapat mengenali perwatakan seseorang.

Apa yang menariknya dalam komuniti blog ini ialah kita dapat berinteraksi dengan bebas tetapi dalam keadaan terkawal.Menyampaikan pengetahuan,mengiklankan sesuatu perniagaan,menambah pendapatan walaupun sedikit dan menambah rakan.Secara umumnya ia merupakan satu cara menambahkan ilmu pengetahuan daripada tidak tahu kepada tahu dan daripada tahu kita sebarkan dan daripada sebaran tersebut kita dapat manfaatnya sama ada secara langsung ataupun tidak.

Dalam pada itu kita juga akan menemui sesuatu yang baru setiap hari.Dari kreativiti setiap blog yang kita lawati,dari lawak-lawak menerusi kotak chat,dari maklumat perniagaan,dari artikel-artikel ilmiah dan secara tidak langsung ia akan menghilangkan kebosan dan menghilangkan tekanan.


Komuniti Sembang Online

8 ulasan:

  1. btoi2... ilang stress baca entry penulis blog~

    BalasPadam
  2. :) ada yang lawak,serius dan sedih pun ada.

    BalasPadam
  3. was here too...thanks for visit my belog^^

    BalasPadam
  4. Selain berjalan tanpa menggunakan kaki . Dapat buad ilham dgn baca blog org kan . Hahax . Dah post ini kelakar ea , tak pena terfikir "jln tnpa menggunakan kaki iaitu blog walking"
    hihi .

    *saya mendarat ke sini (!)

    BalasPadam
  5. jeman bersenam jari kat sini...best bw ni...

    BalasPadam
  6. nice to share with u all.Gembira dapat berkongsi dengan anda semua.

    BalasPadam
  7. benar bagai dikata...teknologi yg kita miliki harus digunakan sebaik2nya.....

    BalasPadam