Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Ahad, 3 Oktober 2010

Buat Blog atau website tiada pembaca

Membuat blog dan website kemudian tiada pembaca.Ia merupakan perkara biasa bila baru kita hendak memulakan sesuatu.Namun lambat laun ia akan dibaca juga oleh pengunjung pada suatu masa yang bersesuaian.Namun ada beberapa cara untuk mempercepatkan maklumat tersebut sampai kepada mereka yang ingin disasarkan.

Anda Sebagai Pembaca

Anda perlulah menjadi pembaca terlebih dahulu sebelum website atau blog anda dikunjungi. Membaca bermaksud kunjungilah rakan-rakan anda atau mereka yang menyediakan blog untuk sebarang maklumat yang anda inginkan.


Menjadi Rakan Internet

Pertukaran link atau membuat komen dan menjadi rakan blog yang lain merupakan satu cara kita mendapatkan serta berkongsi maklumat diantara satu sama lain.Ia juga merupakan satu cara untuk mendapatkan perkongsian maklumat secara tidak langsung menjadikan maklumat yang kita sebarkan akan dibaca jika ia dirasakan berfaedah.


Membuat Fan Facebook

Facebook merupakan rangkaian sosial yang juga merupakan media sebaran maklumat yang dapat meningkatkan sebaran maklumat.Ini adalah kerana kebanyakkan daripada manusia yang melayari internet memiliki facebook.Jadi apabila kita membuat blog atau website maka bagi meningkatkan traffic dan menyampaikan maklumat tersebut maka tidak salah jika kita membuat fan facebook untuk sebaran maklumat dalam facebook.


Sokongan dan tindakan

Anda sebagai pengurus perlu peka dan lebih sensitif terhadap maklumat yang anda ingin sampaikan.Anda perlu menyatakan dengan lebih jelas dan membuat sebaran secara lebih terperinci.Maklumat yang ingin disampaikan merupakan untuk tujuan kebaikan dan faedah bersama jadi tidak perlulah bimbang dengan kekurangan pembaca.”Ala bukan diorang baca. Sebenarnya, manusia banyak alasannya sebenarnya mereka tahu kadangkala berpura-pura tidak tahu.Seberang kemasukan dan pengunjung sebenarnya kita boleh mengesan melalui statistic pengunjung.


Bersambung : statistic pengunjung

1 ulasan: