Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Jumaat, 5 November 2010

Manfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi




Sumber Gambar : getmyspacecomments
  
Manfaatkan teknologi dan maklumat untuk faedah bersama.Carian maklumat di internet membolehkan kita memanfaatkan ilmu yang diperolehi daripada tidak tahu kepada tahu dan daripada tahu kita dapat pula meningkatnya untuk memantapkan lagi ilmu yang diperolehi.

Jadi janganlah kita suka-suka hendak menguji keupayaan kita untuk merosakkan rakan-rakan yang berniat untuk kebaikan bersama.Malah bantuan lagi baik untuk kebaikan bersama.Semua kita tahu dan anda pun tahu dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi maklumat yang kita inginkan begitu mudah diperolehi.Adalah merupakan satu kerugian apabila sesuatu maklumat yang disalurkan itu tidak dapat dinikmati bersama kerana kejahilan sebahagian daripada kita yang mementingkan diri sendri.


Setiap hari pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan adanya rakan-rakan yang memberikan maklumat seperti tips,tutorial,berita,perisian terkini dan banyak lagi maka sama-samalah kita memanfaatkannya sebagai bahan ilmu yang dapat dikongsi bersama.Mereka ini tidak dibayar satu sen pun untuk menyebarkan apa yang mereka tahu cuma keikhlasan dalam menyampaikan maklumat yang mereka tahu agar kita dapat memanfaatkannya sama ada untuk kegunaan harian atau untuk meningkatkan pengetahuan kita pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan