Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Ahad, 25 Mac 2012

Prinsip Teknologi Visual



Rekabentuk Visual

Visual ialah alat yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis
Fungsi utama visual ialah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran.

Konsep dan Fungsi Visual

Visual dibahagi kepada tiga bentuk

Fotografik dan Elektronik
Menyediakan ilustrasi melalaui gambar , visual realiti, menyerupai sesuatu subjek, situasi sebenar

Grafik : menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik
Visual analogik : menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut
Visual organisasi : merangkumi carta, graf, peta dan sebagainya.

Visual hanya akan mempunyai fungsi komunikasi jika mempunyai ciri-ciri berikut:
Mudah dan jelas dibaca / difahami
Mesej mudah ditafsir. Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual
Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual
Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual

1. Ruang
Keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual
Ruang perlu untuk menjadikan sesuatu reka bentuk menarik
Ruang terbahagi kepada dua:
Ruang Positif : Ruang yang digunakan
Ruang Negatif : Ruang yang kosong

2. Garis
Garis boleh didapati dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi
Dua dimensi seperti lakaran pensil
Garis tiga dimensi adalah seperti tali, kulit siput dan sebagainya
Fungsi garis ialah:
Menunjukkan pergerakan
Menunjukkan suasana
Menunjukkan kemegahan/kekuatan
Menunjukkan kekusutan
Melukis objek/ benda
Menghubung antara satu elemen dengan elemen lain

3. Permukaan
Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur
Garis, warna dan tekstur yang berbeza memberi kesan tertentu kepada permukaan.

4. Bentuk dua dimensi
Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi
Bentuk Geometri
Bentuk abstrak
Bentuk gambaran

5. Bentuk Tiga Dimensi

Dibahagikan kepada dua kategori
Bentuk tiga dimensi sebenar :
Merupakan bahan sebenar yang mempunyai dimensi tinggi, lebar, panjang contohnya meja, kerusi dan sebagainya.
Bentuk tiga dimensi tiruan :
Merupakan bentuk dua dimensi yang dimasukkan elemen bayang, garisan dan sebagainya.

Prinsip Reka Bentuk Visual

1.Simplisiti
-Sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
-Sesuatu hasil mestilah nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik perhatian

2.Dominan
-Pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama perlu ditonjolkan agar dibaca maksudnya dengan jelas.
-Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan
1. Rule of Third
2. Warna dan bentuk yang kontras
3. Saiz yang lebih besar
4. Menggunakan anak panah menunjukkan ke arah item utama
5. Menggunakan garis yang menunjuk item utama
6. Mewujudkan gerakan
7. Menggunakan lampu atau cahaya memancar

3. Pola
Pola adalah penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan perhatian pengguna, pembaca dan menjadi panduan mereka bagi mengetahui apa yang terkandung dalam visual yang dipersembahkan.

4. Seimbang
Elemen grafik disusun seimbang agar mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang.
Terdapat dua jenis seimbang
Seimbang formal : seimbang yang sama atau simetri di antara kedua- bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah
Seimbang tidak formal : bermakna pembahagian yang tidak sama rata.

5. Variasi
Menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual. Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seperti hidup.

6. Harmoni
Memberikan rasa yakin dan pasti kepada pengguna, pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik, aliran persembahan dan kesatuan penyampaian mesej.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan