Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Rabu, 21 Mac 2012

Saya Ada Satu Cadangan


Saya Ada Satu Cadangan.

Saya tertarik melihat peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang mengikuti saya di Twitter dan Facebook setiap hari. Tidak lama lagi bilangan ini akan mencapai 500,000 di Twitter dan satu juta di Facebook! Sokongan anda yang begitu menggalakkan ini amat saya hargai dan alangkah baiknya kalau saya dapat berjumpa dengan setiap seorang daripada anda untuk mengucapkan terima kasih saya.Sepanjang tiga tahun saya berkhidmat untuk anda sebagai Perdana Menteri, media sosial online telah berkembang menjadi satu landasan yang penting bagi saya untuk berhubung dengan anda. Sebelum ini saya tidak berupaya untuk berkomunikasi secara langsung dengan sebegitu ramai orang, dan saya gembira kerana kini saya dapat menggunakan teknologi media sosial untuk tujuan itu. Saya akui, memang tidak mudah untuk berhubung dengan semua orang lebih-lebih lagi kerana ramai yang mengharapkan balasan mesej daripada saya, tetapi saya faham perasaan anda. Selepas saya membuat tweet malam tadi, saya telah berfikir seketika. Dan ini adalah cadangan saya: saya ingin bertemu dengan pengikut Twitter saya yang ke-500 ribu dan pengikut Facebook saya yang ke-1 juta. Saya ingin luangkan masa bersama-sama mereka berbual sambil minum petang. Saya akan berikan maklumat lanjut kemudian. Bagi anda yang sudahpun mengikuti saya di Facebook dan Twitter, banyak peluang lain yang saya akan sediakan untuk anda, dan saya harap anda akan terus berkomunikasi dengan saya dan terus menyokong usaha-usaha saya untuk kesejahteraan negara kita yang tercinta ini.

Siapa lah yang bertuah ni…….:-)

Sumber Facebook : www.facebook.com/najibrazak
Sumber Twitter : twitter.com/najibrazak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan