Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Khamis, 12 April 2012

Internet Explorer Sebagai Carian Utama


Saya syorkan guna la google loading cepat. Internet Explorer adalah flatform injin carian utama yang digunakan sebagai aplikasi kerajaan. Jadi terpaksa juga la dikekalkan kalau tak, jawabnya tak dapat la masuk kemaskini pelbagai aplikasi atas talian. Ramai yang merungut sebab banyak mendatang masalah dari segi pengisian maklumat atau data dari pelbagai jenis perisian. Maklum saja la kerajaan ni biasanya mereka akan gunakan “ie” dalam menghasilkan aplikasi.

“Aplikasi ini tidak diuji dengan Mozilla fire fox atau google crome” sila gunakan internet explorer 7 dan ke atas. Pernahkan kita semak internet explorer versi apa yang kita gunakan?. ….

Kalau yang sudah tahu senyum lebar la tu….sila semak versi “ie” anda kenapa selama ini anda susah hendak mengemaskini maklumat khasnya di hrmis…..bila sebut hrmis …. emmm

Cara Semak Versi


Klik “Help” dalam Bahasa Melayunya “Bantuan”…--> “about internet explorer”.


(Ini Versi ie saya)

Paparan berkaitan akan terpapar versi anda adalah versi windows explorer 6. Patut la susah kemaskini…memang tak bolehpun…. Ia memerlukan ie 7 dan ke atas.

Versi 6 Ke Versi 7


Paparan di atas adalah paparan yang membolehkan anda membuat pilihan versi 7, 8 dan 9. Kalau versi 6 baik la pilih versi 7 jangan terus ke versi 9…masalah tu terus lompat tidak ikut prosedur …….atau urutan.


http://www.microsoft.com/download/en/details.aspx?displaylang=en&id=2

Masuk laman di atas “salin je…tampal di browser. Lepas tu pilih free download--> pilih run -->proses instalasi bermula.Tunggu la sehingga selesai-->restart.
____
Semoga dapat membantu menyelesaikan masalah anda dan selamat mencuba. Mencuba itu lebih baik daripada tidak mencuba langsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan