Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Tablet/Notebook Gantikan Buku Teks

Sudah tiba masa pelajar/murid kita menerima perubahan perkembangan teknologi maklumat dan komnukasi.Buku teks yang dijadikan sebagai isu beban berat yang perlu dibawa setiap hari ke sekolah. Penggunaan tablet/notebook khas untuk pelajar/murid merupakan jalan penyelesaian yang cukup sesuai pada masa kini. Rasionalnya mereka semua membesar dalam era zaman teknologi maklumat.Dari kecil mereka didedahkan dengan penggunaan komputer.


Sekiranya ditinjau secara rambang mungkin kita dapat katakan kanak-kanak yang berumur 4 tahun sudah mengenal dunia komputer, malah ada yang sudah pandai bermain game menggunakan komputer riba.


Buku teks pula, semakin lama semakin tebal beban semakin bertambah.


Editor pengurusan majalah Mobile World Kashminder Singh berkata, tablet adalah sesuai bagi sekolah-sekolah dan daripada memberi RM100 bagi setiap pelajar (bantuan kerajaan), adalah lebih baik dalam tempoh jangka panjang untuk melihat bagaimana tablet boleh menjadi buku teks baharu.


Penggunaan komputer mudah alih "tablet" di sekolah-sekolah boleh menjadi jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban membawa buku teks di kalangan pelajar.


Jika dibandingkan berat buku teks dengan notebook/tablet jauh beza. Tidak sampai 1kg pun semua mata pelajaran ada di dalamnya.

____
Kalau tidak sekarang, bila lagi.................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan