Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Selasa, 24 Disember 2013

Aplikasi eXe

Apa itu TMK
Seen (1998) - Merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi /menyimpan /menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,grafik,audio,animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik .

Kepentingan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
•Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap topik/subjek..
•Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. 
•Meningkatkan motivasi pelajar.
•Membolehkan proses pembelajaran secara individu ( individualis elearning ).

Pengintegrasi TMK
•Pemprosesan Perkataan - MS Word
•Persembahan Elektronik - MS Power Point
•Hamparan Elektronik - MS Excell
•Pangkalan Data - MS Access
•Penggunaan perisian dan alat pengarangan
•Penghasilan pakej multi media pembelajaran
•Penggunaan  Media  Interaktif  dalam pengajaran dan pembelajaran.

Integrasi teknologi tidak semestinya berkehendakkan kita menguasi kemahiran TMK tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media yang memenuhi kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. 

Untuk itu yang penting kita harus menguasai kemahiran pedagogi disamping kandungan dan teknologi (TPACK – ia kini merupakan kemahiran asas bagi pendidik dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan integrasi teknologi , perancangan dan pelaksanaannya .

Apa itu eXe
eXe adalah "e-learning XHTML editor" merupakan alat pengarangan (authoring tool) berasaskan persekitaran web yang boleh membantu guru-guru atau pendidik untuk merekabentuk dan menghasilkan bahan pembelajaran berasaskan laman web. Untuk menghasilkan produk tersebut guru-guru tidak perlu mengetahui aspek kemahiran teknikal HTML atau XML. 

Kenapa eXe
eXe ialah…
- Percuma
- Program yang Kecil 
- Sumber Terbuka 
- Berorientasikan Objek
- eXe boleh dilaksanakan melalui Pendrive atau CD-ROM tanpa melakukan proses “install”…

eXe bertujuan…
untuk memberi fleksibiliti kepada pengguna-pengguna untuk membangunkan isi pelajaran atau sumber-sumber pembelajaran 
mengikut keupayaan pembelajaran pelajar mereka.

eXe ialah alat…
Merekabentuk struktur isikandungan pelajaran melalui ‘Outline Pane’. 

eXe telah…
dibangunkan sebagai satu alat pengarangan luar  talian tanpa memerlukan sambungan eXe's WYSIWYG berfungsi untuk membolehkan pengguna untuk melihat kandungan sama ada melalui atas talian atau luar talian.

eXe boleh di integrasikan dengan
- Teks, gambar, video…
- Halaman sesawang
- Flash
- Java Applets
- Latihan, Ujian, Kuiz…

Laman Sesawang dan Muat Turun

http://www.exelearning.org/

Selamat Mencuba...cyber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan