Ahad, 31 Oktober 2010

Apa itu Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

Sumber Gambar : cepiriyana blogspot com


Teknologi Maklumat dalam Pendidikan merupakan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer yang diaplikasikan dalam pengajaran atau kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer telah lama diperkenalkan iaitu kira-kira pada sekitar tahun 50an. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai perisian Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ke sekolah-sekolah.


Terdapat enam jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Latih Tubi

Latihtubi latihan melalui komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Soalan akan diberikan melalui perisian komputer pelajar akan menjawab soalan sama ada betul atau salah komputer akan dapat menghasilkan keputusan tersebut melalui maklum balas hasil daripada jawapan yang diberikan. Situasi ini akan membolehkan mereka yang tidak menguasai kemahiran dapat mengikuti proses pembelajaran dengan lebih berkesan.

Contoh Pembelajaran Berbantukan Komputer Jenis Latih Tubi
Tutorial

Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.Tutorial digunakan dengan perisian komputer untuk memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran yang dilakukan secara berperingkat-peringkat kemudian disertakan dengan soalan-soalan.

Contoh Kaedah Pembelajaran Komputer Kaedah Tutorial

Simulasi

Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.

Contoh Pembelajaran Berbantukan Komputer Kaedah Simulasi


Permainan

Permainan adalah merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan melalui teknik permainan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara.

Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar. Pelajar akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat. Penyelesaian Masalah membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer dalam mencari dan menyelesaikan masalah melalui pencarian dan melalui pertanyaan yang dikemukakan kepada komputer.

Contoh Pembelajaran Berbantukan Komputer Jenis Penyelesaian Masalah


Ujian

            Jenis PPBK berkonsepkan ujian adalah merupakan jenis PPBK yang menerapkan konsep pembelajaran berdasarkan pengujian. Ia merupakan proses yang dilakukan membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer menerusi latihan dan jawapan disertakan selepas sesi menjawab soalan dilakukan. Ia membolehkan pelajar mengetahui keputusan dengan lebih pantas dan meningkatkan daya ingatan pelajar dengan lebih mudah.


Catitan Untuk Anda yang sedang belajar : Selamat Belajar.

2 ulasan:

  1. salam, info yang menarik n mmg tdk dapat dinafikan P&P yg berbantukan komputer menarik dan mudah tp di sek2 kemudhn komputer agak terhad...

    hebat blog ni n saya berbesar hati follow, klu sudi follow saya pulak...tq

    BalasPadam
  2. Betul tu...,tapi sekarang dah banyak kemudahan yang disediakan tapi kita kadang2 sombong dengan teknologi maklumat dan komunikasi...sanggup buat2 lupa dan buat tak tahu......padahal semua depan mata.

    BalasPadam