Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Sabtu, 27 November 2010

submit tugasan oum secara online

Tugasan Oum Online



Ramai yang bertanya macam mana nak submit tugasan oum secara online jadi mai sini saya nak tolong ni esok terakhir penghantaran secara online.Ada dua cara :

1. zipkan fail anda.
2. himpunankan semua fail dalam 1 tugasan.

Kalau tak dapat nak zipkan.Dalam fail tugasan tu satukan semua dari muka depan,isikandungan,tugasan dan lampiran.(senang sikit nak hantar).

Hati-hati sebab penghantaran sekali sahaja dan hanya 1 fail sahaja.Makna kalau banyak kena satukan sama ada dizipkan atau cara kedua.Baik guna cara kedua.

Kalau nak cuba juga guna zip boleh muaturun di http://oumclub.blogspot.com/ disini boleh dapatkan perisian zip tu.

Langkah 1

Login dulu la kan.Kemudian....:


1. Klik Tajuk modul tugasan


2. Setelah keluar paparan klik plak tugasan(Asigment) sebelah tepi.


3. Setelah keluar klik la plak tu soalan tugasa.


4. Kemudian klik "choose file" plak...

5. Pilih la mana dah korang simpan fail yang nak diupload.(muat naik) kalau di destop pilih la destop
kalau di document pilihlah document.

7. Contoh kalau anda simpan nama fail tu dengan kod tugasan di destop senang sikit nak cari kan.
Klik fail tersebut kemudian klik "ok"


8. Nama fail dah kelihatan.Bolehlah klik "submit"  


9. Tunggu sehingga paparan "success submit".Wa berjaya dah tu.


10. Anda boleh muaturun semula fail yang anda muat naik.Jangan lupa klik plak
submission receipt sebagai bukti penghantaran.Contoh borang seperti di
bawah.........


Jangan lupa plak klik cetak.....


- Tamat dah -


Intri ini ditujukan khas buat rakan-rakan OUM yang sedang mengikuti pendidikan jarak jauh dan atas permintaan dan pertanyaan yang tak sempat dilayan hahaha.

Cepat tepat jam 12 malam 28hb November 2010 tak bleh dah tu dia tutup secara auto.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...

    Saya ada juga pelanggan dari mahasiswa separuh masa dari OUM, cawangan Melaka. Dia datang kedai saya utk perkhidmatan menaip/membuat & print assigment. Baru2 ni dia dtg lagi utk perkhidmatan menaip tetapi kali ni dia menghantar melalui sistem on line seperti di atas.

    Bila dah ada sistem macam ni, mudahlah tugas para mahasiswa dan siswi utk hantar assigment.., asalkan ada internet.

    BalasPadam