Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Rabu, 1 Disember 2010

Tips Membuat Tugasan

Tips Menyiapkan tugasan dengan carian maklumat dari internet


Lama tak ada cerita di blog ni jadi malam ni kita bercerita sikit berkaitan dengan tugasan dengan carian maklumat di internet.Bahan carian atau sumber di internet terbahagi kepada dua iaitu :

1. Bahan yang sahih dan boleh digunakan

Bahan atau sumber yang sahih adalah bahan yang merujuk kepada sumber ilmiah berupa fakta.Olahan sumber berdasarkan kepada maklumat rujukan sama ada ia boleh digunakan sebagai bahan untuk tugasan adalah berdasarkan kepada sumber yang berfokuskan kepada kandungan yang sahih dimana ia diperolehi dari sumber lain tetapi diolah kembali tetapi tidak mengubah fakta dalam olahan tersebut.

2. Bahan yang diragui sebagai sumber atau fakta

Bahan seperti ini memang banyak di internet kalau kita tidak berhati-hati yang boleh menyebabkan kesilapan mdalam penyampaian dalam sesuatu isi atau sumber yang ingin kita gunakan.Bahan yang diragui adalah bahan maklumat yang tidak merujuk kepada sumber dengan olahan tanpa merujuk kepada sumber tertentu.

Tips

Bahan sumber maklumat yang boleh kita guna pakai adalah bahan yang berdasarkan kepada rujukan sama ada dari individu atau sumber dari surat khabar,majalah dan sebagainya.Bahan tersebut bolehlah kita salin dahulu tetapi perlu diolah mengikut cara penulisan kita sendiri tanpa mengubah fakta dalam penghuraian sumbernya.

Saya tak tahu sama ada betul atau tidak anda sendiri pasti ada jawapannya....hihihi..:)

2 ulasan:

  1. hmm betui gak tuh kan bai..kalo copy paste dan edit bnyk2 pun takut mengubah fakta asl tuh kan

    BalasPadam
  2. mesti dari sumber yang ada authoriti, br valid, hehehe

    BalasPadam