Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Ahad, 29 Disember 2013

Peringatan - Tips Memilih Kata Laluan Yang Kuat dan Selamat

Kata laluan adalah satu daripada langkah keselamatan yang digunakan bagi melindungi maklumat peribadi yang disimpan di dalam sesebuah sistem atau aplikasi di internet.

Kecurian identiti, pengodaman, scam, phising dan lain-lain jenayah siber bermula dengan kelemahan penggunaan kata laluan, selain kecuaian daripada pengguna sendiri. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk bagaimana memiliki kata laluan yang kuat dan selamat sekaligus menyukarkan penjenayah siber menceroboh dan menyalahgunakan maklumat peribadi anda. 



1. Tidak menggunakan mana-mana bahagian daripada maklumat peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon mahupun haiwan peliharaan di dalam kata laluan seperti “ahmad1902”, “kucingcomel”. Ini adalah cara yang paling utama digunakan oleh penceroboh untuk meneka kata laluan anda.

2. Menggunakan perkataan dan nombor sebagai pengganti kepada abjad. Contoh: “peanut” kepada P3@NU7 “, “isketambola” kepada “1$K3T@MB0L@”.

3. Tidak menggunakan urutan abjad dan nombor seperti “abcdefg” dan “123456”.

4. Tidak menggunakan turutan abjad yang terdapat pada papan kekunci (keyboard) seperti “qwertyu” atau “asdfgh”.

5. Menggunakan sebanyak karakter yang mungkin, yang mengandungi huruf besar dan kecil, angka dan simbol seperti “d0Nu7_B3s@R”.

6. Menjadikan awalan huruf pada satu ayat mudah sebagai kata laluan seperti “Ada 4 subjek yang menjadi kegemaran saya” kepada “@45ymK5”.

Ikuti tips seterusnya bagaimana menjaga keselamatan kata laluan anda iaitu:

7. Jadikan sebagai tabiat untuk menukar kata laluan sekerap yang mungkin.

8. Tidak mendedahkannya kepada sesiapa pun termasuk melalui panggilan telefon, e-mel, soalan kaji selidik mahupun mereka yang rapat dengan anda.

9. Tidak menulis atau menyimpan kata laluan tersebut di dalam beg tangan, nota kecil atau menyembunyikannya di bawah papan kekunci. SENTIASA HAFAL kata laluan tersebut.

10. Jika menggunakan kemudahan internet di tempat awam seperti kafe siber misalnya, pastikan anda telah keluar (log out) daripada aplikasi yang digunakan sebelum beredar.

11. Dan akhir sekali, jika anda menesyaki bahawa orang lain mengetahui kata laluan anda, TUKAR SERTA MERTA!


Ini hanya sebahagian daripada tips yang boleh dijadikan panduan. Jika anda ada lagi tips – tips bagaimana memilih dan menjaga keselamatan kata laluan, kongsikan bersama kami. Jadikanlah kepentingan menjaga keselamatan kata laluan ini seperti pentingnya menjaga harta benda yang bernilai.


Salinan Semula Sumber : Facebook PDRM

Sabtu, 28 Disember 2013

"Ads not by this site" - Iklan Bukan Diterbitkan Oleh Laman Ini


Contoh Paparan "Ads not by this site"

"Ads not by this site" - Iklan bukan diterbitkan oleh laman ini adalah program adware yang akan memaparkan iklan mereka sendiri di eBay, Youtube, Facebook dan lain-lain laman web yang anda layari.Paparan iklan tersebut akan dipaparkan seperti kotak yang mengandungi pelbagai kupon yang boleh didapati atau sebagai kata kunci yang digariskan , apabila anda klik akan membawa pengunjung ke halaman berkaitan.

Hanya anda sahaja yang akan melihat iklan berkaitan. Sintom-sintom ini dapat dilihat melalui frasa ayat berikut :

"Ads not by this site"

Situasi ini berlaku apabila anda atau komputer anda secara tidak disedari telah memuat turun dan memasang sesuatu program yang disertakan bersama dengan aplikasi tersebut.Anda perlu sentiasa memberi perhatian apabila memasang perisian kerana pemasangan perisian yang disertakan dengan program adware "Ads not by this site" yang memaparkan iklan secara rambang dengan pelbagai iklan yang tidak dijangkakan. Berhati-hati apabila bersetuju untuk membenarkan proses pemasangan sesuatu perisian kerana ia kadangkala berlaku tanpa anda sedari. 

Berikut adalah rujukan yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda melalui carian google :

Rujukan Pilihan : Proses Menyahkan "Ads not by this site"

Rujukan Lain : Carian Google

Selamat Mencuba...

cyber ...

Rabu, 1 Disember 2010

Tips Membuat Tugasan

Tips Menyiapkan tugasan dengan carian maklumat dari internet


Lama tak ada cerita di blog ni jadi malam ni kita bercerita sikit berkaitan dengan tugasan dengan carian maklumat di internet.Bahan carian atau sumber di internet terbahagi kepada dua iaitu :

1. Bahan yang sahih dan boleh digunakan

Bahan atau sumber yang sahih adalah bahan yang merujuk kepada sumber ilmiah berupa fakta.Olahan sumber berdasarkan kepada maklumat rujukan sama ada ia boleh digunakan sebagai bahan untuk tugasan adalah berdasarkan kepada sumber yang berfokuskan kepada kandungan yang sahih dimana ia diperolehi dari sumber lain tetapi diolah kembali tetapi tidak mengubah fakta dalam olahan tersebut.

2. Bahan yang diragui sebagai sumber atau fakta

Bahan seperti ini memang banyak di internet kalau kita tidak berhati-hati yang boleh menyebabkan kesilapan mdalam penyampaian dalam sesuatu isi atau sumber yang ingin kita gunakan.Bahan yang diragui adalah bahan maklumat yang tidak merujuk kepada sumber dengan olahan tanpa merujuk kepada sumber tertentu.

Tips

Bahan sumber maklumat yang boleh kita guna pakai adalah bahan yang berdasarkan kepada rujukan sama ada dari individu atau sumber dari surat khabar,majalah dan sebagainya.Bahan tersebut bolehlah kita salin dahulu tetapi perlu diolah mengikut cara penulisan kita sendiri tanpa mengubah fakta dalam penghuraian sumbernya.

Saya tak tahu sama ada betul atau tidak anda sendiri pasti ada jawapannya....hihihi..:)

Ahad, 28 November 2010

Zip Multiple Files Online For FREE



Zip fail anda secara online.Mudah di http://www.zipmyfiles.net . Mudah je tu kan choose fail pilih la fail yang banyak-banyak nak dizipkan sekejap je tu.Lepas tu enter kod yang diberi.Kemudian klik la tu zip now.

Perisian online ni gunanya adalah untuk menjimatkan ruang di komputer anda la kan sebab kalau terlalu berat fail dah banyak install program itu program ini nak loading pun lama tu…..

Jadi kalau ada yang online dan tak perlu untuk install di komputer cuba-cuba la kan kalau rasa-rasanya baik gunakan la kalau tak sesuai tak payah la.Hati-hati juga la lihat-lihat mana la tau palsu hahaha....macam-macam sekarang ni.


Sabtu, 27 November 2010

Statistik pengguna blog dan kelas Blogger



50 juta pengguna internet

75,000 blog setiap hari

50,000 blog dikemaskini setiap jam

133 juta blogger

Malaysia tempat ke-14 daripada 197 buah Negara di dunia.

1.7% datangnya dari Malaysia.

sumbernya Ebook kelas blogger :

http://pakarblogger.tk

emm....




Khamis, 25 November 2010

Pesanan Dalam Shoutmix dan Cbox

Satu persoalan melihat perbezaan cara berkomunikasi dalam shoutmix dan cbox.Apa yang gua perhatikan dalam sembang-sembang cbox ataupun shoutmix kebanyakkan pengguna shoutmix atau cbox dari luar negara misalnya jiran kita Indonesia atau Negara lain seperti USA dan sebagainya jarang meletakkan nama website atau email mereka yang mereka letak Cuma sekadar sama ada nama blog kemudian pesanan yang ingin disampaikan.Lihat contoh ni :




mulalah berfikir kenapa ya….mungkin kot :

….
…..
……
…….
………

Saya sendiri pun tak tau jawabnya (sambil senyum).
.
.
.
Mungkin ada rasional yang tersendiri.



Ahad, 7 November 2010

Penggunaan Formula Microsoft Excell Yang Mudah

Fungsi sum dengan menggunakan operasi tolak


Fungsi ini dapat mengesan sejumlah ralat atau maklumat dengan lebih cepat tanpa memerlukan kita membuat pembetulan dengan menaip semula sejumlah ralat yang banyak bayangkan kalau sudah 1000 ralat.

Nama
Bil_Anak
Bapa
Ibu
Beza
Tanggungan
formula
ABD MALIK BIN YUSOP
2
1
1
0
4
4
ABD MALIK MOHAMMAD
2
1
1
0
4
4
ABD RAHMAN BIN LAMME
2
1
1
0
4
4
ABD RAWUF KHAN BIN MOHAMMED
2
1
1
0
4
4
ABDUL AZIZ EINDRAD
2
1
1
5
9
4
ABDUL EZUAN BIN SINORDIN
2
1
1
2
6
4
ABDUL HADI ABDUL GHANI
2
1
1
-3
1
4
ABDUL HADRIZUL KAYRI BIN HASAN
3
1
1
0
5
5
ABDUL HAFID BIN TAKING
2
1
1
-1
3
4
ABDUL HAFIZ IZWAN BIN ABDUL HUSEN
6
1
1
-2
6
8
ABDUL LATIF BIN MUSLIMIN
2
1
1
-3
1
4
ABDUL MAJID BIN TIMA
2
1
1
3
7
4
ABDUL MUSHOWWIR BIN MUHAMMAD
4
1
1
0
6
6
ABDUL QAYYUM   BIN HJ HARISAH
2
1
1
-1
3
4

Katakan kesilapan anda memasukan jumlah bilangan anak.

Beza  = 0 bermakna betul
Beza = 1 bermakna lebih 1
Beza = -3 bermakna kurang 3

Untuk membetulkan situasi ini dengan cepat (disyorkan apabila masa dah darurat).
Setkan pangkalan data anda mengikut abjad nama.

Contoh di atas 14 orang yang betul dan yang salah.formula yang digunakan adalah dengan menggunakan :

=SUM(F2-E2)
(tahu tu kan F2 tolak E2).
F2 (tanggungan) dan E2 (beza)


Dengan fungsi ini kita akan mendapat jawapan yang tepat tanpa menggunakan mesin kira.

Kenapa?

 matematik mudah bah kan.

Tolak dengan tolak dia jadi …….hihihi.

Tolak dan tambah (lebih) dia jadi ……hihihi.


Dengan cara ini kalau anda tidak banyak alasan (itu dan ini begitu dan begini) banyaknya kalau begitu,kalau begini….patutlah tidak siap-siap.

Banyak bertanya itu amat baik.

Sabtu, 6 November 2010

Isu copy dan paste dalam dunia blog

Isu ini sudah lama berlaku dalam dunia teknologi maklumat benda-benda seumpama ini memang agak sukar dibendung sebab-sebabnya adalah cukup mudah :

Senang

Amat mudah mengambil artikel dan menampal ke blog.Ia dikatakan lebih jimat masa untuk sebaran disebarkan kepada umum.Sekiranya mendapat keizinan adalah tidak menyalahi dan sekiranya tidak jangan tidak perlu lah buat intri sendiri berkaitan tajuk yang seumpama dan buat lah pautan sebagai rujukan.


Keizinan

Keizinan dari tuan empunya blog.Individu-individu atau tuan empunya blog ada yang mengizinkan agar kandungannya boleh disalin dan disebarkan asal sahaja sumber yang diperolehi dipautkan bersama dengan yang demikian ianya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mendapat keizinan dari mereka.


Kesimpulannya disini jangan marah kalau kandungan anda disalin semula sebab ia berpunca dari anda sendiri pastikan anda menggunakan perisian yang bersimbolkan “no copy” pada blog anda.


Gua kalau orang dah izinkan gua pun copy n paste gak…jangan marah.

Untuk itu gua dah buang maklumat berkaitan dengan peringatan dari nuffnang sebab itu gua copy n paste…:hahaha.

Ahad, 24 Oktober 2010

Membolehkan anda melihat fail yang mungkin virus aka makhluk halus

Langkah ini untuk windows 7

Aktifkan Folder Option Hidden Files



 Klik “Computer” di destop anda.


Klik “Organize”.Pilih dan klik “folder and search option”.


Kemudian pilih dan klik “view”.



Lihat : “Files and Folder Option” secara “default” ia disetkan dengan “Don’t show hidden files….”.Bagi membolehkan anda melihat virus-virus tersembunyi aktifkan “show hidden files”.

Nyahkan semua yang ditandakan “hidden”.

Catitan :

Jangan salah “delete” plak.sekiranya anda tidak Berjaya mengaktifkan fail tersembunyi tersebut.Ini bermakna komputer anda telah sedikit sebanyak terjejas dengan kehadiran virus.

Jawapannya : I’m sorry…kata amir, raja lawak.

Tips :

Jangan klik sesuatu fail yang meragukan.Dengan mengaktifkan “folder show hidden files” anda tidak akan mudah tertipu dengan godaan virus tersebut.Virus yang menyamar merupai folder sebenar anda dan menyahkan atau menyembunyikan fail sebenar anda.

Contoh :

Folder tugasan – sebenar

Folder tugasan.exe – ini folder duplicated aka virus.

Folder tugasan disembunyikan yang anda lihat folder tugasan.exe yang anda klik menyebabkan ia menular memasuki sistem komputer.Proses penyamaran ini akan dilakukan pada setiap folder di dalam komputer anda.Maka secara logiknya ruang storan akan bertambah,komputer menjadi lembab dan sampai ke satu tahap komputer jadi hang akhirnya sistem jadi korup.


Tips :

Penggunaan anti virus adalah wajib, tetapi pada pandangan saya tiada anti virus setakat ini yang terkuat, berdasarkan pengalaman saya dapati ada yang guna anti virus yang dikatakan terkuat tapi kena juga virus walaupun diupdated selalu.Langkah yang paling berkesan ialah memastikan anda dapat setidak-tidaknya tidak mudah diperdaya oleh virus.

Namun yang pasti penggunaan anti virus perlu ada, percumapun yang penting ada jangan tiada langsung.

Mengenali jenis-jenis virus anda boleh berkunjung ke sini :


Perisian Anti Virus Boleh muaturun disini

Sumber
Portal Klik 1 Malaysia

Antivirus; Kaspersky, AVG, Norton, Avast

Bagi cabaran sedikit dengan anda buat carian tentang virus folder.exe banyak di internet.


Tiada halangan akan datang berkaitan :

Memulihkan Dengan Mudah Fail yang tersembunyi 


Bagi mendapatkan Fail ini dalam bentuk pdf anda boleh hantar email dengan saya.