Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label toturial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label toturial. Papar semua catatan

Ahad, 24 Oktober 2010

Membolehkan anda melihat fail yang mungkin virus aka makhluk halus

Langkah ini untuk windows 7

Aktifkan Folder Option Hidden Files



 Klik “Computer” di destop anda.


Klik “Organize”.Pilih dan klik “folder and search option”.


Kemudian pilih dan klik “view”.



Lihat : “Files and Folder Option” secara “default” ia disetkan dengan “Don’t show hidden files….”.Bagi membolehkan anda melihat virus-virus tersembunyi aktifkan “show hidden files”.

Nyahkan semua yang ditandakan “hidden”.

Catitan :

Jangan salah “delete” plak.sekiranya anda tidak Berjaya mengaktifkan fail tersembunyi tersebut.Ini bermakna komputer anda telah sedikit sebanyak terjejas dengan kehadiran virus.

Jawapannya : I’m sorry…kata amir, raja lawak.

Tips :

Jangan klik sesuatu fail yang meragukan.Dengan mengaktifkan “folder show hidden files” anda tidak akan mudah tertipu dengan godaan virus tersebut.Virus yang menyamar merupai folder sebenar anda dan menyahkan atau menyembunyikan fail sebenar anda.

Contoh :

Folder tugasan – sebenar

Folder tugasan.exe – ini folder duplicated aka virus.

Folder tugasan disembunyikan yang anda lihat folder tugasan.exe yang anda klik menyebabkan ia menular memasuki sistem komputer.Proses penyamaran ini akan dilakukan pada setiap folder di dalam komputer anda.Maka secara logiknya ruang storan akan bertambah,komputer menjadi lembab dan sampai ke satu tahap komputer jadi hang akhirnya sistem jadi korup.


Tips :

Penggunaan anti virus adalah wajib, tetapi pada pandangan saya tiada anti virus setakat ini yang terkuat, berdasarkan pengalaman saya dapati ada yang guna anti virus yang dikatakan terkuat tapi kena juga virus walaupun diupdated selalu.Langkah yang paling berkesan ialah memastikan anda dapat setidak-tidaknya tidak mudah diperdaya oleh virus.

Namun yang pasti penggunaan anti virus perlu ada, percumapun yang penting ada jangan tiada langsung.

Mengenali jenis-jenis virus anda boleh berkunjung ke sini :


Perisian Anti Virus Boleh muaturun disini

Sumber
Portal Klik 1 Malaysia

Antivirus; Kaspersky, AVG, Norton, Avast

Bagi cabaran sedikit dengan anda buat carian tentang virus folder.exe banyak di internet.


Tiada halangan akan datang berkaitan :

Memulihkan Dengan Mudah Fail yang tersembunyi 


Bagi mendapatkan Fail ini dalam bentuk pdf anda boleh hantar email dengan saya.

Khamis, 16 September 2010

Tajuk Berubah

Dengan perkongsian ilmu hari ini saya dapat pula ilmu berkaitan wordpress.Malam ini tertidur dan terjaga pada pukul 1:30am kemudian tidak boleh plak mataku terlelap setelah dikejutkan oleh anak kecil berusia 2 tahun.Buka komputer lah jawabnya sambil menyiapkan kerja yang tertunggak sempena cuti ini tergerak pulak hati hendak buka email.

Syok pulak ada benda baru.Tidak seperti blogspot kalau wordpress tajuk yang keluar dalam carian disetkan kepada tajuk yang bukan nama post.Namun setelah mengikut video yang diemailkan oleh En. Raja Kamil terlihat pula satu benda yang menarik perhatian saya.






Kalau tak percaya klik la sekarang.Opps belum saya ubah rupanya hahaha.Kalau anda pernah membuka blog wordpress yang menggunakan domain addnewmoney (Selain daripada yang di atas) saya pasti anda akan lihat perubahannya dan Raja Kamilpun pasti akan gumbira kerana ia masuk di kepala saya.

Terima kasih.


Pandangan saya :

Seperti yang saya nyatakan jangan lupa kongsi ilmu anda kalau tidak dia akan beku dan tidak akan berkembang malah mungkin tanpa anda sedari akan hilang.Aik dulu saya tahu buat sekarang tidak sudah hehehe...!!!. Pernah saya dengar pernyataan ini keluar dari seorang rakan saya.

Kebanyakkan toturial di internet mengajar anda untuk mengembangkan perniagaan melalui website atau blog tapi kalau anda bijak. Ia juga boleh diintegrasikan untuk penyampaian berupa maklumat untuk sesebuah organisasi.Macam saya buat nama domain bukan alang-alang addnewmoney.com hahaha macam-macam email saya terima untuk promosikan website diorang terutamanya negara luar.Balik-balik email :

Why you delete my post.....emmm mereka mungkin tak faham bahasa melayu kot.Tapi mereka faham bahasa Inggeris addnewmoney.com...hahaha.Melayu plak faham kedua-dua bahasa ini buat duit ni...hahahaha.Kalau buat duit lama dah saya kaya jutawan.Maka dimaklumkan bahawa beberapa blog yang ala2 website ini yang menggunakan nama domain addnewmoney.com seperti berikut :

Untuk sebarang maklumat berkaitan Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.Khasnya berkaitan perisian-perisian yang digunakan.Ini kawan punya sudah ini.Dia dah beli RM85.00(hihihi) untuk sewa hosting. Saudara saya En. Sappe Paret(Data HEM PPD Tawau) dan En. Mustappa Massa (Penyelia HEM PPD Tawau).-Panda sudah diorang ini macam diorang lupa sudah saya hahaha(gurau sahaja).

Untuk sebarang maklumat data berkaitan dengan SK Batu 4 Jalan Apas Tawau.Ini ada saya letak iklan nuffnang jangan lupa klik ya....mungkin ada info yang menarik.(senyum).

Galeri bergambar berkaitan warga dan aktiviti SK Batu 4 Jalan Apas Tawau

Ini pula berkaitan sukan tempoh hari dengan sifu Halik sebagai ketua semasa bertugas sebagai team petugas pusat maklumat.MSSDT,MSSBT dan MSS Sabah (Tawau sebagai tuan rumah 2010).

Blog-blog tertera di atas bertujuan semata-mata untuk tujuan sebaran maklumat tiada cas terselindung disebalik sebaran maklumat tersebut semoga anda dapat manfaatnya melalui teknologi maklumat di hujung jari.(Semoga anda mendapat manfaat daripada sebaran maklumat dalam blog-blog di atas).

Opps kalau hendak lihat berkaitan perniagaan online ini tempatnya boleh lah email untuk promosikan perniagaan online anda atau kalau nak sertai... hahaha sertailah pilih sahaja mana mau ikut percuma atau kalau nak beli produk beli lah murah je tak sampai ribu-ribu.Malah ada produk yang berkualiti disini seperti produk-produk yang dikeluarkan oleh :

RAJA KAMIL(Aku Seorang Blogger)

EMABIZ(review produk dan macam-macam lagi)

TENGKU FARIZ(Produk digital dan ebook bukan alang-alang bakal pendidik juga ini atau mungkin pensyarah kot).

TOYOL (Pelik aku toyol ni)

FAIROZ ABDULLAH

PORTAL ANAKKU SAYANG(Pendidikan Untuk Anak-anak Anda dan saya juga lah)

SUTHAN (Glamour juga orang ini selalu keluar videonya di youtube).

AS AZIZ (grafik dan macam-macam)

LUV LEEY(Ini kalau nak buat blog tutorialnya lengkap)


Jadi singgah sebentar di url ini :


Disini baru betul kalau nak komen promosikan produk anda(Mat Salleh mungkin tak faham ni).

This blog is the right place if you want to make a comment to promote your online bussiness.
Just click here :


Agaknya dia faham dah(senyum).

Sebaran Untuk Faedah Bersama.





Selasa, 14 September 2010

Menampal Video Youtube

Sekiranya anda mempunyai blog anda boleh berkongsi video tersebut.Caranya amat mudah.Buka youtube video yang anda ingin tampalkan.

Contoh :


Klik pada .Maka keluarlah kod seperti paparan berikut :



Buka blog anda dan tampalkan kod tersebut.Opps sebelum buka blog anda pastikan anda sudah salin.Caranya tekan butang Ctrl + C di papan kekunci anda. Barulah buka blog kemudian tampal sahaja post baru anda.Contoh tampalan kod tersebut adalah seperti di bawah, dimana kodnya tidak kelihatan sudah yang keluar adalah video tersebut :


Selamat Mencuba.


Isnin, 30 Ogos 2010

Buat Website

Website Siap Dalam 24jam



Buat website adalah amat mahal pada suatu ketika dahulu tetapi sekiranya anda mempunyai minat dan kesungguhan semua rujukan boleh diperolehi dengan mudah menerusi internet.Video di atas merupakan salah satu contoh untuk buat website mudah dan siap dalam tempoh 24jam.

Tips :

Sebelum anda berjinak-jinak dengan website pastikan anda belajar dahulu buat blog kenali cara-cara dan kod yang terdapat dalam blog seperti kod html.Untuk pengetahuan anda pada pandangan saya : 

If we want to learn we must learn the basic first.

Jika kita hendak belajar kita hendaklah bermula dengan asas dahulu, kemudian secara perlahan-lahan ilmu itu akan bertambah dengan sedikit perkongsian dari mana-mana rujukan atas talian atau berikan ilmu anda itu dengan rakan-rakan jangan disimpan nanti beku akhirnya ilmu anda tidak bertambah malah makin susut. Rasionalnya disini ialah semakin banyak yang kita belajar sebenarnya semakin banyak yang kita tidak tahu, kerana IT(Teknologi Maklumat) berkembang dengan cepat dan setiap saat ada sahaja benda-benda terkini.

Jadi selamat mencuba. Disini juga disertakan beberapa video untuk anda tonton.






Pilihlah yang mana anda boleh anda faham.


Sebaran Untuk Faedah Bersama

Cyber Teknologi