Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label perisian antivirus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perisian antivirus. Papar semua catatan

Selasa, 19 Julai 2011

Anti Virus Pilihan

Membuat pilihan untuk menggunakan antivirus adalah satu perkara yang amat rumit bagi tujuan tersebut kita boleh membuat carian di internet sebagai panduan. Panduan tersebut memudahkan kita membuat pilihan. Anti virus merupakan aspek penting dalam memastikan komputer kita sentiasa selamat daripada ancaman virus yang boleh merosakan komputer.

Bagi membantu anda rujukan panduan tersebut boleh diperolehi melalui pautan berikut :-




Antara yang sentiasa mendapat ranking utama :

BitDefender Antivirus
McAfee Antivirus Plus
Vipre Antivirus
Norton Antivirus
TrendMicro Titanium Antivirus
Kaspersky Antivirus
Avira AntiVir Professional

*Perisian antivirus perlu bagi setiap komputer yang terkuat bergantung kepada cara kita menggunakan perisian tersebut. Selamat mencuba.



Ahad, 24 Oktober 2010

Membolehkan anda melihat fail yang mungkin virus aka makhluk halus

Langkah ini untuk windows 7

Aktifkan Folder Option Hidden Files



 Klik “Computer” di destop anda.


Klik “Organize”.Pilih dan klik “folder and search option”.


Kemudian pilih dan klik “view”.



Lihat : “Files and Folder Option” secara “default” ia disetkan dengan “Don’t show hidden files….”.Bagi membolehkan anda melihat virus-virus tersembunyi aktifkan “show hidden files”.

Nyahkan semua yang ditandakan “hidden”.

Catitan :

Jangan salah “delete” plak.sekiranya anda tidak Berjaya mengaktifkan fail tersembunyi tersebut.Ini bermakna komputer anda telah sedikit sebanyak terjejas dengan kehadiran virus.

Jawapannya : I’m sorry…kata amir, raja lawak.

Tips :

Jangan klik sesuatu fail yang meragukan.Dengan mengaktifkan “folder show hidden files” anda tidak akan mudah tertipu dengan godaan virus tersebut.Virus yang menyamar merupai folder sebenar anda dan menyahkan atau menyembunyikan fail sebenar anda.

Contoh :

Folder tugasan – sebenar

Folder tugasan.exe – ini folder duplicated aka virus.

Folder tugasan disembunyikan yang anda lihat folder tugasan.exe yang anda klik menyebabkan ia menular memasuki sistem komputer.Proses penyamaran ini akan dilakukan pada setiap folder di dalam komputer anda.Maka secara logiknya ruang storan akan bertambah,komputer menjadi lembab dan sampai ke satu tahap komputer jadi hang akhirnya sistem jadi korup.


Tips :

Penggunaan anti virus adalah wajib, tetapi pada pandangan saya tiada anti virus setakat ini yang terkuat, berdasarkan pengalaman saya dapati ada yang guna anti virus yang dikatakan terkuat tapi kena juga virus walaupun diupdated selalu.Langkah yang paling berkesan ialah memastikan anda dapat setidak-tidaknya tidak mudah diperdaya oleh virus.

Namun yang pasti penggunaan anti virus perlu ada, percumapun yang penting ada jangan tiada langsung.

Mengenali jenis-jenis virus anda boleh berkunjung ke sini :


Perisian Anti Virus Boleh muaturun disini

Sumber
Portal Klik 1 Malaysia

Antivirus; Kaspersky, AVG, Norton, Avast

Bagi cabaran sedikit dengan anda buat carian tentang virus folder.exe banyak di internet.


Tiada halangan akan datang berkaitan :

Memulihkan Dengan Mudah Fail yang tersembunyi 


Bagi mendapatkan Fail ini dalam bentuk pdf anda boleh hantar email dengan saya.