Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

Isnin, 23 Disember 2013

Bagaimana untuk mengimport blog anda ke Fan Page Facebook anda

Pengintegrasian hebahan maklumat dilakukan dengan pelbagai cara melalui proses pengintegrasian maklumat atas talian. Melalui proses ini pengguna atau pembaca akan dapat melihat maklumat dari pelbagai sumber dengan hanya melakukan hebahan melalui blog dan boleh dilihat melalui pelbagai sumber. Berikut adalah proses pengintegrasian melalui pelbagai sumber atas talian :

Artikel Dari Blog Ke “Facebook”
1. Klik pada "Edit Page " yang terletak di bawah gambar profil
2. Turun ke seksyen permohonan itu dan cari nota - "note"
3. Klik pada "Edit"
4. Ini akan membawa anda ke halaman nota anda dan pada panel sebelah kanan anda adalah "Tetapan Nota ". Pilih "Import blog "
5. Masukkan sama ada RSS URL  anda atau URL blog anda iaitu http://feeds.feedburner.com/eracyberteknologi  atau http://eracyberteknologi.blogspot.com/
6. Klik “that you have the authority to do this” - menunjukkan anda mempunyai akses sebagai penerbit artikel berkaitan.
7. Pilih " Mula Mengimport "
8. Proses ini akan mengambil artikel yang anda terbitkan dari blog anda.
9. Jika betul sila pilih dan teruskan "Continue Import " melalui ikon yang kelihatan dari kanan sebelah atas.
10. Facebook akan memeriksa blog anda setiap beberapa jam dan mengimport artikel terkini. Artikel yang diterbitkan melalui blog anda akan terpapar ke Facebook anda.

Sumber : Pautan

_cyberteknologi...

Jumaat, 24 Ogos 2012

TIPS WEBSITE DAN BLOG

Ramai dalam kalangan kita amat suka meletakkan gambar dalam halaman. Justeru, apabila pengunjung melawat ke halaman tersebut akan pasti loadingnya menjadi lembap. Bagi pengunjung yang menggunakan broadband dengan bandwith yang agak terhad pasti mengalami kesukaran untuk melihat kesemua gambar tersebut. Loading slow banyak guna bandwith....

Sabtu, 31 Mac 2012

Pertandingan “Educational Blogging”

Pertandingan “Educational Blogging” Peringkat Kebangsaan ini dianjurkan oleh Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi UPSI.

Skop Pertandingan

- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
- Kandungan berbentuk ilmiah
- Peringkat sekolah/ipt/pjj

Kategori

1. Pelajar dan guru sekolah
2. Pelajar dan Pensyarah IPTA/IPTS
3. Terbuka

Hadiah


Cara Penyertaan

Daftar secara online. Tarikh tutup pada 30 Jun 2012 (jam:11:59pm).

Selanjutnya rujuk laman : http://ict.upsi.edu.my/

_____
MENCUBA ITU LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK MENCUBA LANGSUNG.....

Rabu, 14 Mac 2012

Berpesan-pesan Di Alam Cyber

Emmm....aku tidak dapat melelapkan mata la plak.



Pernahnya kita terfikir dan terlintas di fikiran kita "PERLUKAH". Pernahkah kita terfikir apabila kita bertindak menerbitkan kata-kata kasar sedangkan kita sentiasa diperhatikan dengan kewujudan facebook, blog dan sebagainya. Pernah kita terfikir menerusi minda kecil kita adakah berbaloi "aku" bersuara lantang di media sosial sedangkan profil aku diketahui umum dan tahu dimana aku berada. Pernahkah kita terfikir adakah perlu saya bertindak sedemikian sedangkan anda tahu ia akan melibatkan masyarakat sekeliling kita tempat anda sendiri. Adakah kita bersosial untuk mendapatkan perhatian dengan bersuara dan mengkritik dengan lantang sedangkan mereka tahu siapa anda, rakan-rakan rapat anda, keluarga anda, rakan-rakan seperjawatan anda dan majikan anda sendiri.

Dunia semakin kecil dengan internet, kita perlu sedar macam mana kita bersembunyipun kita tetap akan bertemu. Kita guna apa untuk melayari internet, kita berkongsi dengan siapa dan data kita dengan siapa. Emmm.., harap-harap kita akan lebih berwaspada kerana maklumat terlalu mudah walau anda berada di hujung dunia.

*Aku berpesan pada diri "sebelum meluahkan sesuatu ikutla saluran yang betul" menegur jika tindakan itu silap memberitahu jika tidak sepatutnya.

http://eracyberteknologi.blogspot.com/
12:30am Rabu 14 Mac 2012

Jumaat, 30 Disember 2011

Contest The MOST Fabulous Blog by Miss Lovouis

Dikongsi untuk pengetahuan semua.

Assalamualaikum semua
Yuhuu , ape kabar korang ?
Hopefully semuanya sehad2 belaka ok (n_n).
1st of all miss mintak maaf atas pembatalan GA tu ok sebab miss ade masalah kalau nak pos hadiah.
So miss buat contest baru dan hadiahnya lagi masyukkk !

Syarat nak sertai CONTEST ni , sangatla mudah !:

1. Ade blog dan warganegara MALAYSIA.
2. TAK PERLU TAG sesiapa *miss tahu korang semua malaskan nak tag2 ni. Samela kita huhu

*amacam senang je syaratnye kan ? Ok lepas tu baca cara2 nye pulak ok.

Cara menyertai :

1. Follow blog Miss Lovouis ni. Untuk mudahkan korang tahu perkembangan terkini contest ni , penambahan hadiah dan jugak untuk tahu korang adelah pemenang nye . huhu (n_n) "WAJIB , nak menang kan ??"


2. Buat semua dibawah "WAJIB"
- entry bertajuk : ' Contest The MOST Fabulous Blog by Miss Lovouis '
- copy and paste banner contest bawah ni kat blog korang . Link tu JANGAN LUPA.
- publish dan hantarkan link entry korang kat ruang komen ni ok. Sesiapa yang hantar link blog sahaja TANPA entry akan ditolak serta-merta. So link biar benar ok.



http://lovoiustory.blogspot.com/


3. Tempekkan Banner Blog miss kat sidebar korang yg comel tu k. Boleh letak salah satu banner.
*kalau dua2 lagi bagus . (^_^) "TAK WAJIB , wajib bagi mereka yang nak dapat referral tertinggi je."











4. Buat sticky post tentang contest ni kalau tahu buat ok. "TAK WAJIB bagi yang tak tahu."

HADIAH-HADIAH yang menarik menanti korang :
Hadiah2nya kat sini , sini dan sini.
cool tak ?? huhu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
V

The MOST Fabulous Blog FIRST-

RM 50.00 *cash/topup + Ape2 permintaan untuk blog e.g (background / banner blog) + Entry khas untuk blog korang + Sticky post blog korang selama 3 hari
SECOND -


RM 20.00 *cash/topup + Ape2 permintaan untuk blog e.g (background / banner blog)

THIRD -

RM 10.00 *cash/topup + Ape2 permintaan untuk blog e.g (background / banner blog)

The TOP Refferal -

RM 5.00 *cash/topup + Ape2 permintaan untuk blog e.g (background / blog).

Cool kan hadiahnyer ?? JOM JOIN . SENANG je kalau nak menang .
Baca dibawah ni.


Cara pemilihan PEMENANG:

Semua pemenang akan dipilih sendiri oleh Miss Lovouis berdasarkan :

1. Blog KEMAS
2. Entry yang menarik .
3. Design blog yang memukau kalbu *ececeh berjiwang sikit.

DUE date : 6 JUNE 2012 / 06.06.12
Cantikkan tarikh tu , huhu. JOM JOIN ramai2.

*psst : Tarikh tamat lambat lagi , sooo korang semua boleh cantik2kan + FABULOUS kan blog korang ok (n_n)v Peace.

Oh ya , miss tengah berusaha nak tambah hadiah tanpa sponsor lain ni .
Mintak korang semua tolong support miss ok.
Kliklah iklan2 yang ade kat pelusuk blog ni.
InshaAllah kalau rezeki murah dan bertambah , hadiah jugak akan semakin
FABULOUS !
________________________________________
♥ Semoga Miss Lovouis dapat jadi seorang blogger dan chupper yang berjaya. Amin ♥
________________________________________
Cool right.? Check it out~

….

Isnin, 26 Disember 2011

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com


Pencarian
Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011

Bermula dari saat ini, tika ini dan detik ini sehingga 31/12/2011, segmen Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com dibuka untuk penyertaan.

Syarat-syaratnya :
Terbuka kepada semua blogger.
Buat entri bertajuk Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com
Sila copy coding segmen ini dan masukkan ke dalam entri tersebut (Klik pada coding di bawah dan tekan Ctrl + C untuk copy).




Pencarian
Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011


War-warkan tentang penyertaan anda kepada pengunjung-pengunjung blog anda.
Blog anda wajib ada shoutbox a.k.a kotak menjeritsupaya senang nak tinggalkan jejak.
Anda mestilah seorang yang selalu update blog dan yang rajin blogwalking.
Setelah siap, letakkan URL entri tadi ke dalam ruangan komen entri ini.

Senang bukan? Tidak perlu tag sesiapa. Semua blogger yang menepati semua syarat-syarat di atas akan disenaraikan dalam Ruangan Mia's Active Bloggers' List mengikut group yang disediakan.

Senarai ini akan memudahkan Mia untuk blogwalking dengan pantas dan yang paling menariknya, ia juga dapat dikongsi bersama dengan pengunjung-pengunjung lain blog ini.

Eh! Tak rugi lah. Tunggu apalagi.... Jom.....

Sabtu, 27 November 2010

Statistik pengguna blog dan kelas Blogger



50 juta pengguna internet

75,000 blog setiap hari

50,000 blog dikemaskini setiap jam

133 juta blogger

Malaysia tempat ke-14 daripada 197 buah Negara di dunia.

1.7% datangnya dari Malaysia.

sumbernya Ebook kelas blogger :

http://pakarblogger.tk

emm....




Khamis, 25 November 2010

Pesanan Dalam Shoutmix dan Cbox

Satu persoalan melihat perbezaan cara berkomunikasi dalam shoutmix dan cbox.Apa yang gua perhatikan dalam sembang-sembang cbox ataupun shoutmix kebanyakkan pengguna shoutmix atau cbox dari luar negara misalnya jiran kita Indonesia atau Negara lain seperti USA dan sebagainya jarang meletakkan nama website atau email mereka yang mereka letak Cuma sekadar sama ada nama blog kemudian pesanan yang ingin disampaikan.Lihat contoh ni :




mulalah berfikir kenapa ya….mungkin kot :

….
…..
……
…….
………

Saya sendiri pun tak tau jawabnya (sambil senyum).
.
.
.
Mungkin ada rasional yang tersendiri.



Selasa, 23 November 2010

Menilai Harga Blog Anda





Lama sungguh blog ni tiada intri baru hari ni bernafas lega sikit bolehlah menconteng di blog ni.Hitung punya hitung hampir 14 hari tak diupdated hahaha.Biasa hujung tahun semua macam cacing kepanasan aktiviti sana sini, kerja sana sini, main sana sini dan macam-macam sana sini.Hari ni cuba anda lihat nilai blog anda.Ini harga blog eracyberteknologi.Wa kalau betul bagus ni.






eracyberteknologi.blogspot.com bernilai $221,426.4

Nilai blog
$221,426.4
Paparan Harian
300
Pelawat Harian
300


Bilangan Muka Surat
13
Link Luaran
-

Kalu betul kaya kita ….dengan nilai RM221.426.4 itu kalau RM kalau Dollar fuyooo….
Saya belanja korang makan hahaha….

Kalau saya tak silap ada yang buat perniagaan jual nama domain dalam internet ni.Perniagaan seumpamanya memang berbaloi kalau dilakukan dengan berfokus.Lebih-lebih lagi adakalanya mencecah jutaan ringgit.Tapi kena fokus la bak kata Suthan M (hihihi…..).Jual domain ni kalau kena macam kena loteri gak la sekali dapat lumayan tapi kadang kena sabar jadi kalau ada yang berminat cari la di internet sumber-sumbernya.Pastikan juga yang original tak merapu maklum sajalah di internet ni kita kena hati-hati sikit nanti kena habis ribu-ribu malah ada yang kena juta-juta…..



Hiduplah dalam kesedarhanaan kerana itu lebih baik daripada hidup dalam kemewahan tapi hutang keliling pinggan.Bersyukurlah rezeki yang diberi jangan silap langkah sehingga menjadi……(faham-faham sendiri). 


Sabtu, 6 November 2010

Isu copy dan paste dalam dunia blog

Isu ini sudah lama berlaku dalam dunia teknologi maklumat benda-benda seumpama ini memang agak sukar dibendung sebab-sebabnya adalah cukup mudah :

Senang

Amat mudah mengambil artikel dan menampal ke blog.Ia dikatakan lebih jimat masa untuk sebaran disebarkan kepada umum.Sekiranya mendapat keizinan adalah tidak menyalahi dan sekiranya tidak jangan tidak perlu lah buat intri sendiri berkaitan tajuk yang seumpama dan buat lah pautan sebagai rujukan.


Keizinan

Keizinan dari tuan empunya blog.Individu-individu atau tuan empunya blog ada yang mengizinkan agar kandungannya boleh disalin dan disebarkan asal sahaja sumber yang diperolehi dipautkan bersama dengan yang demikian ianya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mendapat keizinan dari mereka.


Kesimpulannya disini jangan marah kalau kandungan anda disalin semula sebab ia berpunca dari anda sendiri pastikan anda menggunakan perisian yang bersimbolkan “no copy” pada blog anda.


Gua kalau orang dah izinkan gua pun copy n paste gak…jangan marah.

Untuk itu gua dah buang maklumat berkaitan dengan peringatan dari nuffnang sebab itu gua copy n paste…:hahaha.

facebook atau blog mana satu yang anda suka



Kehadiran facebook dalam dunia teknologi maya pada hari ini merupakan satu fenomena yang luarbiasa kerana berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat baik yang muda yang tua yang remaja dan sebagainya.

Setakat bulan Mei 2010 hampir mencecah 7 juta.(7 juta ada yang akaunnya 20 kot).


Statistik pengguna facebook di Malaysia





Kemudian kupasan berkaitan facebook



Walaupun facebook digemari ramai, namun kalau nak dibandingkan blog dengan facebook banyak maklumat yang lebih berfaedah di blog berbanding dengan di facebook.Mencari rakan memang amat mudah dengan menggunakan facebook boleh jumpa kawan lama dan sembang-sembang sambil chat.

Membuat komen paling digemari di facebook sebab ia teramat mudah tulis sahaja komen anda dah siap.Itulah sebabnya kalau anda lihat komen di facebook ada yang mencecah sampai beribu2 komen tidak hairanlah sebab budak-budak sekolah rendahpun boleh buat komen dalam facebook.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Berjalan tanpa menggunakan kaki

“Blog walking” atau amalan ziarah dari blog ke blog dapat mengeratkan silaturrahim dalam dunia online.Cara interaksi yang boleh memberikan banyak idea untuk menulis dan melihat gelagat serta perasaan seseorang disamping dapat menghilangkan stress.Selain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan ia juga merupakan satu cara untuk bertukar-tukar idea dan pandangan.Selain dapat mengenali individu tertentu melalui cara penampilan blog dan gaya bahasa yang digunakan.Secara realiti mungkin kita tidak dapat bersemuka dengan individu atau tuan/puan/cik/en tetapi melalui penampilan blog tersebut mungkin kita dapat mengenali perwatakan seseorang.

Apa yang menariknya dalam komuniti blog ini ialah kita dapat berinteraksi dengan bebas tetapi dalam keadaan terkawal.Menyampaikan pengetahuan,mengiklankan sesuatu perniagaan,menambah pendapatan walaupun sedikit dan menambah rakan.Secara umumnya ia merupakan satu cara menambahkan ilmu pengetahuan daripada tidak tahu kepada tahu dan daripada tahu kita sebarkan dan daripada sebaran tersebut kita dapat manfaatnya sama ada secara langsung ataupun tidak.

Dalam pada itu kita juga akan menemui sesuatu yang baru setiap hari.Dari kreativiti setiap blog yang kita lawati,dari lawak-lawak menerusi kotak chat,dari maklumat perniagaan,dari artikel-artikel ilmiah dan secara tidak langsung ia akan menghilangkan kebosan dan menghilangkan tekanan.


Komuniti Sembang Online

Ahad, 3 Oktober 2010

Buat Blog atau website tiada pembaca

Membuat blog dan website kemudian tiada pembaca.Ia merupakan perkara biasa bila baru kita hendak memulakan sesuatu.Namun lambat laun ia akan dibaca juga oleh pengunjung pada suatu masa yang bersesuaian.Namun ada beberapa cara untuk mempercepatkan maklumat tersebut sampai kepada mereka yang ingin disasarkan.

Anda Sebagai Pembaca

Anda perlulah menjadi pembaca terlebih dahulu sebelum website atau blog anda dikunjungi. Membaca bermaksud kunjungilah rakan-rakan anda atau mereka yang menyediakan blog untuk sebarang maklumat yang anda inginkan.


Menjadi Rakan Internet

Pertukaran link atau membuat komen dan menjadi rakan blog yang lain merupakan satu cara kita mendapatkan serta berkongsi maklumat diantara satu sama lain.Ia juga merupakan satu cara untuk mendapatkan perkongsian maklumat secara tidak langsung menjadikan maklumat yang kita sebarkan akan dibaca jika ia dirasakan berfaedah.


Membuat Fan Facebook

Facebook merupakan rangkaian sosial yang juga merupakan media sebaran maklumat yang dapat meningkatkan sebaran maklumat.Ini adalah kerana kebanyakkan daripada manusia yang melayari internet memiliki facebook.Jadi apabila kita membuat blog atau website maka bagi meningkatkan traffic dan menyampaikan maklumat tersebut maka tidak salah jika kita membuat fan facebook untuk sebaran maklumat dalam facebook.


Sokongan dan tindakan

Anda sebagai pengurus perlu peka dan lebih sensitif terhadap maklumat yang anda ingin sampaikan.Anda perlu menyatakan dengan lebih jelas dan membuat sebaran secara lebih terperinci.Maklumat yang ingin disampaikan merupakan untuk tujuan kebaikan dan faedah bersama jadi tidak perlulah bimbang dengan kekurangan pembaca.”Ala bukan diorang baca. Sebenarnya, manusia banyak alasannya sebenarnya mereka tahu kadangkala berpura-pura tidak tahu.Seberang kemasukan dan pengunjung sebenarnya kita boleh mengesan melalui statistic pengunjung.


Bersambung : statistic pengunjung