Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Isnin, 23 Disember 2013

Bagaimana untuk mengimport blog anda ke Fan Page Facebook anda

Pengintegrasian hebahan maklumat dilakukan dengan pelbagai cara melalui proses pengintegrasian maklumat atas talian. Melalui proses ini pengguna atau pembaca akan dapat melihat maklumat dari pelbagai sumber dengan hanya melakukan hebahan melalui blog dan boleh dilihat melalui pelbagai sumber. Berikut adalah proses pengintegrasian melalui pelbagai sumber atas talian :

Artikel Dari Blog Ke “Facebook”
1. Klik pada "Edit Page " yang terletak di bawah gambar profil
2. Turun ke seksyen permohonan itu dan cari nota - "note"
3. Klik pada "Edit"
4. Ini akan membawa anda ke halaman nota anda dan pada panel sebelah kanan anda adalah "Tetapan Nota ". Pilih "Import blog "
5. Masukkan sama ada RSS URL  anda atau URL blog anda iaitu http://feeds.feedburner.com/eracyberteknologi  atau http://eracyberteknologi.blogspot.com/
6. Klik “that you have the authority to do this” - menunjukkan anda mempunyai akses sebagai penerbit artikel berkaitan.
7. Pilih " Mula Mengimport "
8. Proses ini akan mengambil artikel yang anda terbitkan dari blog anda.
9. Jika betul sila pilih dan teruskan "Continue Import " melalui ikon yang kelihatan dari kanan sebelah atas.
10. Facebook akan memeriksa blog anda setiap beberapa jam dan mengimport artikel terkini. Artikel yang diterbitkan melalui blog anda akan terpapar ke Facebook anda.

Sumber : Pautan

_cyberteknologi...

Ahad, 14 April 2013

Talian Hotline PRU 13




Pilihan Raya Umum ke-13, PDRM telah menubuhkan Bilik Gerakan Khas dengan talian telefon khas bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan PRU secara terus. Bilik gerakan dan talian ini beroperasi 24 jam.

Sumber Facebook : PDRM

penamaan calon tarikh rasmi undi pru 13 tarikh mengundi pilihan raya umum 2013 pru 13

Tarikh-Tarikh Penting PRU 13 2013

5 MEI 2013 (AHAD)

Perincian seperti dalam gambar sumber media : Sinar


Rabu, 21 Mac 2012

Saya Ada Satu Cadangan


Saya Ada Satu Cadangan.

Saya tertarik melihat peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang mengikuti saya di Twitter dan Facebook setiap hari. Tidak lama lagi bilangan ini akan mencapai 500,000 di Twitter dan satu juta di Facebook! Sokongan anda yang begitu menggalakkan ini amat saya hargai dan alangkah baiknya kalau saya dapat berjumpa dengan setiap seorang daripada anda untuk mengucapkan terima kasih saya.Sepanjang tiga tahun saya berkhidmat untuk anda sebagai Perdana Menteri, media sosial online telah berkembang menjadi satu landasan yang penting bagi saya untuk berhubung dengan anda. Sebelum ini saya tidak berupaya untuk berkomunikasi secara langsung dengan sebegitu ramai orang, dan saya gembira kerana kini saya dapat menggunakan teknologi media sosial untuk tujuan itu. Saya akui, memang tidak mudah untuk berhubung dengan semua orang lebih-lebih lagi kerana ramai yang mengharapkan balasan mesej daripada saya, tetapi saya faham perasaan anda. Selepas saya membuat tweet malam tadi, saya telah berfikir seketika. Dan ini adalah cadangan saya: saya ingin bertemu dengan pengikut Twitter saya yang ke-500 ribu dan pengikut Facebook saya yang ke-1 juta. Saya ingin luangkan masa bersama-sama mereka berbual sambil minum petang. Saya akan berikan maklumat lanjut kemudian. Bagi anda yang sudahpun mengikuti saya di Facebook dan Twitter, banyak peluang lain yang saya akan sediakan untuk anda, dan saya harap anda akan terus berkomunikasi dengan saya dan terus menyokong usaha-usaha saya untuk kesejahteraan negara kita yang tercinta ini.

Siapa lah yang bertuah ni…….:-)

Sumber Facebook : www.facebook.com/najibrazak
Sumber Twitter : twitter.com/najibrazak

Rabu, 14 Mac 2012

Berpesan-pesan Di Alam Cyber

Emmm....aku tidak dapat melelapkan mata la plak.



Pernahnya kita terfikir dan terlintas di fikiran kita "PERLUKAH". Pernahkah kita terfikir apabila kita bertindak menerbitkan kata-kata kasar sedangkan kita sentiasa diperhatikan dengan kewujudan facebook, blog dan sebagainya. Pernah kita terfikir menerusi minda kecil kita adakah berbaloi "aku" bersuara lantang di media sosial sedangkan profil aku diketahui umum dan tahu dimana aku berada. Pernahkah kita terfikir adakah perlu saya bertindak sedemikian sedangkan anda tahu ia akan melibatkan masyarakat sekeliling kita tempat anda sendiri. Adakah kita bersosial untuk mendapatkan perhatian dengan bersuara dan mengkritik dengan lantang sedangkan mereka tahu siapa anda, rakan-rakan rapat anda, keluarga anda, rakan-rakan seperjawatan anda dan majikan anda sendiri.

Dunia semakin kecil dengan internet, kita perlu sedar macam mana kita bersembunyipun kita tetap akan bertemu. Kita guna apa untuk melayari internet, kita berkongsi dengan siapa dan data kita dengan siapa. Emmm.., harap-harap kita akan lebih berwaspada kerana maklumat terlalu mudah walau anda berada di hujung dunia.

*Aku berpesan pada diri "sebelum meluahkan sesuatu ikutla saluran yang betul" menegur jika tindakan itu silap memberitahu jika tidak sepatutnya.

http://eracyberteknologi.blogspot.com/
12:30am Rabu 14 Mac 2012

Sabtu, 3 Mac 2012

Google Plus


Satu produk baru yang dilancarkan oleh google yang memaparkan bentuk laman social yang mirip kepada laman muka buku atau facebook. Sesuatu yang menarik berkaitan google plus ianya adalah percuma bagi pengguna yang memiliki akaun emel google.com. Menariknya google plus ia memaparkan satu kelainan dilancarkan pada 28 Jun 2011 sebagai fasa percubaan. Walaubagaimanapun masih tidak ramai mengenali kelebihan google plus. Anda juga boleh mendengar lagu melalui youtube dengan menggunakan google plus dengan semua injin carian. Satu kelebihan yang menarik secara berterusan hanya dengan carian tajuk yang anda inginkan.

Sabtu, 6 November 2010

facebook atau blog mana satu yang anda suka



Kehadiran facebook dalam dunia teknologi maya pada hari ini merupakan satu fenomena yang luarbiasa kerana berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat baik yang muda yang tua yang remaja dan sebagainya.

Setakat bulan Mei 2010 hampir mencecah 7 juta.(7 juta ada yang akaunnya 20 kot).


Statistik pengguna facebook di Malaysia





Kemudian kupasan berkaitan facebook



Walaupun facebook digemari ramai, namun kalau nak dibandingkan blog dengan facebook banyak maklumat yang lebih berfaedah di blog berbanding dengan di facebook.Mencari rakan memang amat mudah dengan menggunakan facebook boleh jumpa kawan lama dan sembang-sembang sambil chat.

Membuat komen paling digemari di facebook sebab ia teramat mudah tulis sahaja komen anda dah siap.Itulah sebabnya kalau anda lihat komen di facebook ada yang mencecah sampai beribu2 komen tidak hairanlah sebab budak-budak sekolah rendahpun boleh buat komen dalam facebook.

Ahad, 8 Ogos 2010

Ancaman

ANCAMAN DI FACEBOOK
1. Malware
Cecacing Koobface telah mengancam Facebook buat jangka masa yang agak panjang, dan ia turut menjadikan Twitter sebagai sasaran buat kebelakangan ini. Serangan adalah melalui kejuruteraan sosial, disebabkan para pengguna biasanya dikelirukan untuk klik ke atas pautan berniat buruk yang bersembunyi dalam pesanan peribadi dan berpura-pura sebagai kawan (yang mungkin menjangkiti diri mereka).
2. Hak persendirian
Pengguna yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan maklumat peribadi yang melebih dalam talian, sebagai contoh, rangkaian sosial, komen, gambar-gambar ahli keluarga, berkenaan dengan tempat kerja dan sebagainya. Ini membolehkan maklumat berkenaan jatuh ke tangan penjenayah siber yang tidak beretika serta disalahgunakan untuk menggodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti.
Penggodam juga boleh menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan menjana serangan yang telah disasarkan.Sebagai contoh, seseorang penggodam sanggup menghabiskan masa selama beberapa minggu tanpa rehat dan beberapa liter kopi demi menembusi rangkaian korporat sesebuah syarikat dan cuba untuk mencari kelonggaran di dalam sistem keselamatan rangkaian sasarannya.Selain itu, dia boleh mencari nama akauntan kewangan, kemudian mengambil masa lima minit untuk semak imbas profil sosialnya, seterusnya lima minit lagi untuk menulis e-mel yang berlandaskan minat akauntan berkenaan yang bernasib malang. e-mel tersebut adalah pembawa pautan berniat buruk atau dokumen yang berniat buruk.
3. Tipu helah (phishing)
Rangkaian sosial merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai maklumat, dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu (lebih dikenali sebagai laman phishing) . Ia dihasilkan bagi mengumpan mangsa-mangsa supaya memaparkan maklumat peribadi yang sensitif seperti nama pengguna dan kata laluan atau nombor kredit kad.
4. Kecacatan laman
Pada awal bulan Jun, suatu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna. Maklumat tersebut termasuklah nama ibu, biasanya digunakan sebagai soalan keselamatan atas talian dan pemeriksaan keselamatan kehidupan seharian. Kelonggaran itu telah dibaik pulih pada 23 Jun, tetapi seperti mana kepingan yang diprogramkan 100 peratus, kesemua laman-laman sosial ini mempunyai kecacatan. Sebagai makluman, sesetengah daripada kelemahan ini telah pun dikemukakan, sementara yang lain belum lagi ditemui. Oleh itu, para pengguna perlu berwaspada terhadapnya.
5. Spam 2.0
Salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan spamming. Justeru itu, bagaimana anda boleh melindungi syarikat anda (nilai jenama di risiko) serta diri anda dalam keadaan yang sedemikian? Baiklah, yang pertama, anda boleh lebih berwaspada apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik. Sebagai contoh, mengajak anda untuk menonton video. Apakah yang perlu dilakukan oleh orang ramai bagi menentang serangan tersebut?
Berwaspadalah apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik (terutamanya jika ia mengajak anda untuk menonton video). Jangan memasang Codec apabila suatu laman menggalakkan anda supaya berbuat demikian - bagi laman video gerakan atas talian yang popular seperti YouTube yang menggunakan Flash, anda tidak perlu Codec video.

-sumber Utusan Online-