Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger. Papar semua catatan

Isnin, 23 Disember 2013

Bagaimana untuk mengimport blog anda ke Fan Page Facebook anda

Pengintegrasian hebahan maklumat dilakukan dengan pelbagai cara melalui proses pengintegrasian maklumat atas talian. Melalui proses ini pengguna atau pembaca akan dapat melihat maklumat dari pelbagai sumber dengan hanya melakukan hebahan melalui blog dan boleh dilihat melalui pelbagai sumber. Berikut adalah proses pengintegrasian melalui pelbagai sumber atas talian :

Artikel Dari Blog Ke “Facebook”
1. Klik pada "Edit Page " yang terletak di bawah gambar profil
2. Turun ke seksyen permohonan itu dan cari nota - "note"
3. Klik pada "Edit"
4. Ini akan membawa anda ke halaman nota anda dan pada panel sebelah kanan anda adalah "Tetapan Nota ". Pilih "Import blog "
5. Masukkan sama ada RSS URL  anda atau URL blog anda iaitu http://feeds.feedburner.com/eracyberteknologi  atau http://eracyberteknologi.blogspot.com/
6. Klik “that you have the authority to do this” - menunjukkan anda mempunyai akses sebagai penerbit artikel berkaitan.
7. Pilih " Mula Mengimport "
8. Proses ini akan mengambil artikel yang anda terbitkan dari blog anda.
9. Jika betul sila pilih dan teruskan "Continue Import " melalui ikon yang kelihatan dari kanan sebelah atas.
10. Facebook akan memeriksa blog anda setiap beberapa jam dan mengimport artikel terkini. Artikel yang diterbitkan melalui blog anda akan terpapar ke Facebook anda.

Sumber : Pautan

_cyberteknologi...

Sabtu, 31 Mac 2012

Pertandingan “Educational Blogging”

Pertandingan “Educational Blogging” Peringkat Kebangsaan ini dianjurkan oleh Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi UPSI.

Skop Pertandingan

- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
- Kandungan berbentuk ilmiah
- Peringkat sekolah/ipt/pjj

Kategori

1. Pelajar dan guru sekolah
2. Pelajar dan Pensyarah IPTA/IPTS
3. Terbuka

Hadiah


Cara Penyertaan

Daftar secara online. Tarikh tutup pada 30 Jun 2012 (jam:11:59pm).

Selanjutnya rujuk laman : http://ict.upsi.edu.my/

_____
MENCUBA ITU LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK MENCUBA LANGSUNG.....

Isnin, 26 Mac 2012

Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat



Sayapun nak join :-) hihihi

Ini adalah segmen pertama dari aku si jebat (harap dapat sambutan)
tujuan aku si jebat cuma nak tambahkan kenalan+promote blog seterusnya (tingkatkan trafik)
dan yang penting sekali ialah untuk mengeratkan silaturrahim sesama blogger :)

betul-betu...

Cara Nak Join ...

> LETAK HEADER SENGAL "AKU SI JEBAT" KAT ENTRI KORANG (linkkan ke sini)
> BUAT ENTRI RINGKAS. Tajuk: "Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat"
> SIAP? Tinggalkan Link entri korang kat kotak blog aku sijebat.

Tarikh Tutup :
(01/04/2012 - 31/05/2012)
tarikh tutup 31/03/2012) jam 11:59 mlm.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Berjalan tanpa menggunakan kaki

“Blog walking” atau amalan ziarah dari blog ke blog dapat mengeratkan silaturrahim dalam dunia online.Cara interaksi yang boleh memberikan banyak idea untuk menulis dan melihat gelagat serta perasaan seseorang disamping dapat menghilangkan stress.Selain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan ia juga merupakan satu cara untuk bertukar-tukar idea dan pandangan.Selain dapat mengenali individu tertentu melalui cara penampilan blog dan gaya bahasa yang digunakan.Secara realiti mungkin kita tidak dapat bersemuka dengan individu atau tuan/puan/cik/en tetapi melalui penampilan blog tersebut mungkin kita dapat mengenali perwatakan seseorang.

Apa yang menariknya dalam komuniti blog ini ialah kita dapat berinteraksi dengan bebas tetapi dalam keadaan terkawal.Menyampaikan pengetahuan,mengiklankan sesuatu perniagaan,menambah pendapatan walaupun sedikit dan menambah rakan.Secara umumnya ia merupakan satu cara menambahkan ilmu pengetahuan daripada tidak tahu kepada tahu dan daripada tahu kita sebarkan dan daripada sebaran tersebut kita dapat manfaatnya sama ada secara langsung ataupun tidak.

Dalam pada itu kita juga akan menemui sesuatu yang baru setiap hari.Dari kreativiti setiap blog yang kita lawati,dari lawak-lawak menerusi kotak chat,dari maklumat perniagaan,dari artikel-artikel ilmiah dan secara tidak langsung ia akan menghilangkan kebosan dan menghilangkan tekanan.


Komuniti Sembang Online