Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panduan. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Disember 2013

"Ads not by this site" - Iklan Bukan Diterbitkan Oleh Laman Ini


Contoh Paparan "Ads not by this site"

"Ads not by this site" - Iklan bukan diterbitkan oleh laman ini adalah program adware yang akan memaparkan iklan mereka sendiri di eBay, Youtube, Facebook dan lain-lain laman web yang anda layari.Paparan iklan tersebut akan dipaparkan seperti kotak yang mengandungi pelbagai kupon yang boleh didapati atau sebagai kata kunci yang digariskan , apabila anda klik akan membawa pengunjung ke halaman berkaitan.

Hanya anda sahaja yang akan melihat iklan berkaitan. Sintom-sintom ini dapat dilihat melalui frasa ayat berikut :

"Ads not by this site"

Situasi ini berlaku apabila anda atau komputer anda secara tidak disedari telah memuat turun dan memasang sesuatu program yang disertakan bersama dengan aplikasi tersebut.Anda perlu sentiasa memberi perhatian apabila memasang perisian kerana pemasangan perisian yang disertakan dengan program adware "Ads not by this site" yang memaparkan iklan secara rambang dengan pelbagai iklan yang tidak dijangkakan. Berhati-hati apabila bersetuju untuk membenarkan proses pemasangan sesuatu perisian kerana ia kadangkala berlaku tanpa anda sedari. 

Berikut adalah rujukan yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda melalui carian google :

Rujukan Pilihan : Proses Menyahkan "Ads not by this site"

Rujukan Lain : Carian Google

Selamat Mencuba...

cyber ...

Rabu, 13 Oktober 2010

Cerita Tak Baik Punya

Cerita baik untuk dijadikan sebagai panduan keselamatan.

Tiada mod,lepas buat kerja walaupun cuti kerana sakit mata login facebook tertarik dengan cerita di bawah.Cerita ini baik untuk dijadikan pengajaran dan dikongsi kepada rakan-rakan tahniah kepada insan yang prihatin memberikan maklumat yang boleh kita kongsikan bersama.Ini ceritanya :

Sumber Gambar hiasan : 


Cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.


Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


Pesanan:

Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

Hal ini berlaku di KL.. Sila ambil perhatian kpd sume kgkwn ku..

by Makio Maki on Saturday, January 9, 2010 at 2:36pm

Sumber :

http://www.facebook.com/note.php?note_id=237968699335&id=100000024868474