Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Isnin, 26 Mac 2012

Ali Hanya Ada


Ali hanya ada broadband dan sebuah komputer riba, tetapi Ali boleh memperolehi maklumat dan melakukan tugasannya tanpa halangan. Diluar sana ramai yang memiliki streamix termasuk saya dan sebagainya tetapi masih berkira-kira dengan tugasan yang diamanahkan. Diluar sana ramai yang bergaji tinggi lebih daripada Ali, broadband pun perlu sumbangan dan sebagainya. Diluar sana ramai yang lebih hebat daripada Ali tetapi masih berkira terhadap tugas yang diamanahkan.

Diluar sana ramai yang sibuk dengan aktivitinya yang tersendiri tetapi tugas utama dibelakangkan, diluar sana ramai yang bijak berkata-kata dengan pelbagai alasan sedangkan alasan itu sebenarnya adalah satu cara untuk melepaskan diri dari tanggungjawab. Diluar sana ramai yang bijak pandai tetapi tidak ramai yang berfikir dengan tanggungjawab yang diamahkan dengan baik. Diluar sana ramai yang terima imbuhan tetapi tidak ramai yang ikhlas untuk melakukan sedikit pengorbanan demi tugas.

____
“Ali rasa Ali sudah cukup ilmu, Ali rasa Ali sudah cukup faham, Ali rasa Ali sudah cukup sebagai contoh, tetapi apa yang Ali rasakan Ali masih belum cukup segala-galanya kerana proses belajar adalah sepanjang hayat”.

2 ulasan: