Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label laptop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label laptop. Papar semua catatan

Khamis, 14 Jun 2012

Review Net Book 1 Malaysia

Netbook 1 Malaysia merupakan satu sumbangan dan agihan untuk digunakan bagi tujuan proses pembelajaran. Kesesuaian aplikasi dalam netbook 1 Malaysia jika digunakan dan dijaga dengan baik amat memberi impak kepada proses pembelajaran dan sekaligus membudayakan pelajar dan warga Malaysia kepada budaya teknologi maklumat dan komunikasi.



Perisian yang dibekalkan dalam netbook 1 Malaysia jika digunakan dan dimanfaatkan akan dapat membudayakan masyarakat kepada dunia teknologi maklumat dengan capaian sumber maklumat yang lebih luas.



Manfaatkan pemberian tersebut dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan pengetahuan dan memudahkan kerja atau tugasan.



_____
Teknologi maklumat mengembangkan pengetahuan sekiranya dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Isnin, 26 Mac 2012

Ali Hanya Ada


Ali hanya ada broadband dan sebuah komputer riba, tetapi Ali boleh memperolehi maklumat dan melakukan tugasannya tanpa halangan. Diluar sana ramai yang memiliki streamix termasuk saya dan sebagainya tetapi masih berkira-kira dengan tugasan yang diamanahkan. Diluar sana ramai yang bergaji tinggi lebih daripada Ali, broadband pun perlu sumbangan dan sebagainya. Diluar sana ramai yang lebih hebat daripada Ali tetapi masih berkira terhadap tugas yang diamanahkan.

Diluar sana ramai yang sibuk dengan aktivitinya yang tersendiri tetapi tugas utama dibelakangkan, diluar sana ramai yang bijak berkata-kata dengan pelbagai alasan sedangkan alasan itu sebenarnya adalah satu cara untuk melepaskan diri dari tanggungjawab. Diluar sana ramai yang bijak pandai tetapi tidak ramai yang berfikir dengan tanggungjawab yang diamahkan dengan baik. Diluar sana ramai yang terima imbuhan tetapi tidak ramai yang ikhlas untuk melakukan sedikit pengorbanan demi tugas.

____
“Ali rasa Ali sudah cukup ilmu, Ali rasa Ali sudah cukup faham, Ali rasa Ali sudah cukup sebagai contoh, tetapi apa yang Ali rasakan Ali masih belum cukup segala-galanya kerana proses belajar adalah sepanjang hayat”.

Rabu, 20 Oktober 2010

Info menarik tentang komputer hidup


Sumber Gambar Hiasan : double-d-d.blogspot


Sekiranya anda dikatakan sebagai kaki komputer …jawab saja,

Biarkan…

Sekiranya anda dikatakan anda sakit kalau tiada komputer

…biarkan.

Sekiranya anda dikatakan,balik-balik komputer.

…biarkan.


Sekiranya anda dikatakan sebagai makan komputer.

…biarkan.

Sekiranya anda dikatakan balik-balik bawa komputer.

…biarkan.

Sekiranya anda dikatakan tidur dengan komputer.

…biarkan

Sekiranya anda minum dan makan depan komputer.

…biarkan.

Sekiranya 24 jam anda dengan komputer riba,laptop,destop dan notebook.

…biarkan.

Kalau anda mendapat gelaran dan istilah-istilah di atas….hahaha

Tahniah Anda Memang

….Komputer Hidup.

Sumber :

Pengalaman bersama dengan rakan-rakan IT yang memang orang IT.Kalau tak online atau kalau tiada komputer macam binggung-binggung….

Betul atau tidak …

Jawabnya ada pada anda.