Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Isnin, 28 Julai 2014

AIDILFITRI 1435H SYUKUR KITA MASIH BERKESEMPATAN



Assalamualaikum w.b.t,

Ya Allah..
Janganlah Engkau jadikan puasa ini
sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka
jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka
ampunilah semuanya. Wahai yang paling pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah...
Terimalah puasa kami dengan sebaik-baiknya penerimaan, perkenaan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredahan MU Ya Allah, sehingga Engkau memenangkan kami dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Engkau curahkan dibulan ini.

Selamatkan kami dan Umat Islam di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan. Demikian juga dengan rahmatMu, golongankan kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan keutamaan di malam Al-Qadar. Malam yang Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dengan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.

Panjang Umur, Murah Rezeki kita bertemu lagi pada Ramadhan yang lain.

Jumpa Lagi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan