Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Selasa, 22 Julai 2014

WASPADA BERITA MEDIA SOSIAL

Kuala Lumpur - PDRM memandang serius budaya menyebar maklumat palsu atau maklumat sahih yang diputarbelitkan oleh segelintir anggota masyarakat melalui pelbagai medium media sosial, khususnya aplikasi WhatsApp dan Facebook (FB).

Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah penyebaran maklumat berkenaan berupaya mengganggu gugat ketenteraman awam, mengancam keselamatan, menjejaskan keharmonian kaum, menggemparkan fikiran orang ramai, bercanggahan dengan undang-undang, menjejaskan kepentingan awam, dan memudaratkan kepentingan negara.

Walau bagaimanapun, negara kita mempunyai undang-undang yang diperuntukkan kepada mereka yang salah guna media sosial iaitu di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan jika disabitkan dengan kesalahan, mana mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu di teruskan selepas pensabitan.

Selain menyebarkan makluman palsu, terdapat juga maklumat yang disebarkan melalui media masa yang jelas berupaya mendatangkan mudarat kepada perpaduan kaum kerana menyentuh kepentingan sesuatu kaum dan menyentuh sensitiviti keagamaan.

Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangkan dasar hormat menghormati antara kaum sebegini boleh diambil tindakan undang undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan supaya agar mengambil
sikap bertanggungjawab ketika menggunakan aplikasi media massa dan seandainya ragu-ragu berhubung kesahihan sebarang bingkisan yang diterima, hubungi polis untuk pengesahan.


Sumber: Harian Metro


Sumber : Facebook PDRM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan