Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Isnin, 9 April 2012

Proses Penyebaran Maklumat Secara Transformasi

Dewasa ini teknologi maklumat digunakan sebagai media penyampaian maklumat yang amat meluas digunakan. Ia bertujuan mempercepatkan proses penyampaian maklumat menerusi media atas talian. Dalam dunia kemajuan era maklumat tanpa sempadan proses penyampaian maklumat juga perlukan transformasi. Walaupun pada zahirnya terdapat maklumat yang berbentuk propaganda dan sebagai. Namun, penyebaran maklumat yang bersifat terkawal dan dari sumber yang rasmi memerlukan pemantauan agar maklumat itu dirujuk sebagai sumber yang sahih dari sesuatu organisasi.




Melayari internet dan dunia atas talian membolehkan kita memperolehi maklumat seterusnya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Proses sebarang maklumat ini memerlukan pengintegrasian pelbagai media agar capaian maklumat diperolehi dengan pelbagai sumber berdasarkan citarasa pengguna. Secara rambang, golongan atasan akan merujuk laman sesawang rasmi sesuatu jabatan, agensi dan perbadanan. Golongan belia pula, lebih cenderung dengan laman sosial, blog dan sebagainya. Golongan yang berpolitik pula, menyebarkan maklumat mereka melalui laman sesawang, blog, facebook dan twitter serta pelbagai media di atas talian. Tujuannya cukup jelas agar maklumat berkaitan boleh dicapai oleh segenap lapisan masyarakat.

Sebaran maklumat dengan pelbagai sumber media tidak menjadi satu kesalahan selagi sebaran maklumat berkaitan disebarkan secara terkawal. Prosedurnya cukup mudah, kita hanya perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak dalam proses menyampaikan maklumat. Terdapat beberapa jenis maklumat yang perlu disebarkan sama ada untuk umum, komuniti setempat dan kumpulan dalam sesuatu organisasi. Bagi maklumat yang berbentuk umum sebaran maklumat berkaitan adalah seperti peristiwa setempat, makluman dan sebagainya. Bagi kumpulan dalam sesuatu organisasi pula, sebaran maklumat adalah dalam bentuk terkawal. Ini adalah kerana terdapat maklumat yang hanya perlu disebarkan untuk pengetahuan organisasi tersebut. Walau bagaimanapun maklumat hebahan yang meluas dan terbuka sekiranya disebarkan dan diketahui oleh umum sekiranya tidak berbentuk maklumat sulit tidaklah menjadi kesalahan sekiranya pelbagai lapisan masyarakat berkongsi aktiviti atau maklumat berkaitan. Dengan yang demikian proses maklumat dengan pelbagai sumber media itu tadi akan menjadi lebih transformasi sebagai contoh dalam laman “facebook” anda mungkin menjadi rakan kepada wakil rakyat atau dari agensi lain. Dalam bersembang-sembang secara santai rakan dari jabatan lain melihat pemakluman dari jabatan anda, kemungkinan yang amat tinggi rakan anda akan menyentuh berkaitan pemakluman tersebut. Maklumat yang sulit perlu disampaikan secara bersemuka. Emel pula, merupakan proses penyampaian maklumat secara tertutup untuk sesuatu kumpulan,individu atau organisasi.

____
*Pendapat berdasarkan tinjauan dan perkembangan semasa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan