Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Ahad, 22 Julai 2012

Sistem Maklumat Atas Talian

Sistem Maklumat

Sistem maklumat atas talian dalam bentuk pangkalan data telah berkembang dengan pesat sehingga mengabaikan beberapa elemen penting sebelum dilancarkan kepada pengguna. Hasilnya lambakan aplikasi atas talian ini telah menyebabkan pelbagai rungutan dari pengguna.

Bagi mendapatkan kesan positif yang maksimum dari perkembangan ini, aspek keberkesanan dari sudut mencapai objektif sesuatu aplikasi atas talian adalah sangat penting diambil kira sewaktu membangun dan melaksanakan sesuatu aplikasi atas talian. Ianya bukan memakan masa sehari dua tetapi melibatkan perancangan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum dilancarkan.




Dengan fokus kepada 5 fasa utama dalam pembangunan sistem ia dapat memberikan kita kepuasan dalam menghasilkan perisian yang dapat membantu meningkatkan kecekapan kita dalam proses pengurusan maklumat yang kian mencabar ini. Fasa-fasa ini adalah suatu kebiasan yang digunakan oleh pembangun sistem dalam sesuatu penghasilan yang hendak dihasilkan. Justeru, ia dapat meningkatkan kualiti pembangunan sesuatu sistem tersebut.

Pada pendapat saya penghasilan sistem maklumat pada masa kini telah mengabaikan elemen perancangan. Kebanyakan aplikasi atas talian tersebut lebih berfokuskan bagaimana kegunaan data dalam sistem. Seterusnya, elemen yang amat penting ialah fasa implimentasi dan pengujian. Sistem kebanyakan diuji terus kepada pengguna. Kecacatan sistem dibetulkan apabila ralat ditemui oleh pengguna.

Masalah kepada pengguna apabila sistem yang belum stabil tetapi pengisian data perlu dilakukan dalam tempoh masa yang ditentukan sedangkan aplikasi yang dilancarkan masih belum stabil. Sepatutnya peringkat ini adalah peringkat pengujian, aplikasi diuji oleh pengguna dalam sesuatu tempoh atau jangka masa tertentu. Peringkat seterusnya pula adalah proses penambahbaikan dan barulah dilancarkan kepada pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan