Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Rabu, 14 Mac 2012

Berpesan-pesan Di Alam Cyber

Emmm....aku tidak dapat melelapkan mata la plak.



Pernahnya kita terfikir dan terlintas di fikiran kita "PERLUKAH". Pernahkah kita terfikir apabila kita bertindak menerbitkan kata-kata kasar sedangkan kita sentiasa diperhatikan dengan kewujudan facebook, blog dan sebagainya. Pernah kita terfikir menerusi minda kecil kita adakah berbaloi "aku" bersuara lantang di media sosial sedangkan profil aku diketahui umum dan tahu dimana aku berada. Pernahkah kita terfikir adakah perlu saya bertindak sedemikian sedangkan anda tahu ia akan melibatkan masyarakat sekeliling kita tempat anda sendiri. Adakah kita bersosial untuk mendapatkan perhatian dengan bersuara dan mengkritik dengan lantang sedangkan mereka tahu siapa anda, rakan-rakan rapat anda, keluarga anda, rakan-rakan seperjawatan anda dan majikan anda sendiri.

Dunia semakin kecil dengan internet, kita perlu sedar macam mana kita bersembunyipun kita tetap akan bertemu. Kita guna apa untuk melayari internet, kita berkongsi dengan siapa dan data kita dengan siapa. Emmm.., harap-harap kita akan lebih berwaspada kerana maklumat terlalu mudah walau anda berada di hujung dunia.

*Aku berpesan pada diri "sebelum meluahkan sesuatu ikutla saluran yang betul" menegur jika tindakan itu silap memberitahu jika tidak sepatutnya.

http://eracyberteknologi.blogspot.com/
12:30am Rabu 14 Mac 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan