Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Sabtu, 28 Disember 2013

"Ads not by this site" - Iklan Bukan Diterbitkan Oleh Laman Ini


Contoh Paparan "Ads not by this site"

"Ads not by this site" - Iklan bukan diterbitkan oleh laman ini adalah program adware yang akan memaparkan iklan mereka sendiri di eBay, Youtube, Facebook dan lain-lain laman web yang anda layari.Paparan iklan tersebut akan dipaparkan seperti kotak yang mengandungi pelbagai kupon yang boleh didapati atau sebagai kata kunci yang digariskan , apabila anda klik akan membawa pengunjung ke halaman berkaitan.

Hanya anda sahaja yang akan melihat iklan berkaitan. Sintom-sintom ini dapat dilihat melalui frasa ayat berikut :

"Ads not by this site"

Situasi ini berlaku apabila anda atau komputer anda secara tidak disedari telah memuat turun dan memasang sesuatu program yang disertakan bersama dengan aplikasi tersebut.Anda perlu sentiasa memberi perhatian apabila memasang perisian kerana pemasangan perisian yang disertakan dengan program adware "Ads not by this site" yang memaparkan iklan secara rambang dengan pelbagai iklan yang tidak dijangkakan. Berhati-hati apabila bersetuju untuk membenarkan proses pemasangan sesuatu perisian kerana ia kadangkala berlaku tanpa anda sedari. 

Berikut adalah rujukan yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda melalui carian google :

Rujukan Pilihan : Proses Menyahkan "Ads not by this site"

Rujukan Lain : Carian Google

Selamat Mencuba...

cyber ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan