Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Khamis, 30 September 2010

Kelebihan Google Chrome

Setahun yang lepas saya telah mencuba Google Chrome dari google. Saya mendapati bahawa terdapat kelebihan dan kelemahan pada google chrome.Setelah memasang Google Chrome saya amat tertarik dengan kecepatan data yang ingin dicapai dengan fungsi loading yang agak pantas berbanding dengan firefox dan internet explorer.Antara kelebihan yang dapat saya lihat adalah :
Amat Sesuai membuka Website atau blog yang mengandungi grafik yang banyak.
Berdasarkan pengalaman, google crome lebih cepat memaparkan grafik berbanding dengan injin carian yang lain. Google Chrome direka untuk pengguna yang menggunakan laman web secara kerap untuk mencari maklumat, memeriksa e-mel, membaca berita online, membeli-belah atau berhubungan dengan rakan. Google Chrome OS dibina berdasarkan konsep sumber terbuka bagi menggalakkan kodnya diuji oleh komuniti berkenaan yang mampu melakukan penambah baikkan sistem dari semasa ke semasa.
Penggunaan ruang memori yang sedikit
Penggunaan ruang memori yang sedikit memudahkan capaian data walaupun computer yang menggunakan memori yang rendah.Jika anda tidak percaya anda boleh mencuba dan buat perbandingan.

Laju dan selamat
Ia menekankan aspek laju, mudah dan selamat sebagai ciri utama dalam pembangunan Chrome OS. Pengalaman menggunakan Chrome pasti mengagumkan kerana ia ringan dan tidak disaratkan dengan antaramuka yang maksimum. Ia dikaji dari pelbagai aspek bagi memastikan keselamatan yang ketat bagi mengelakkan pengguna terdedah kepada bahaya virus, malware dan sebagainya.





Bersambung 


Kelebihan Google Chrome.

1 ulasan:

  1. Have used Kaspersky security for a number of years, and I'd recommend this product to everyone.

    BalasPadam