Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label injin carian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label injin carian. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Oktober 2010

Perbandingan Kepantasan Loading

Contoh yang saya gunakan untuk membuat perbandingan adalah portal klik 1 Malaysia.Dalam blog atau portal ini ia menghimpunkan sejumlah pautan yang mungkin mengambil masa untuk kita buat carian.1 portal blog yang menghimpunkan pautan popular kepada pengunjung dengan 1 carian.

Terkini! Ruangan 'Rakan Blogger Klik 1 Malaysia' telah diperkenalkan! Hantar alamat blog anda untuk disenaraikan dalam ruangan ini, (khas untuk blogger sahaja) di samping mempromosi blog anda kepada pengunjung lain dan pertukaran link (link exchange).Klik di sini untuk ke alamat rakanblogger.klik1malaysia.com


Contoh loading halaman dalam kiraan 3 saat

Google Crome tidak sampai 3 saat dan lebih kurang dalam 5 saat semua paparan sudah dapat dilihat.

Firefox lebih daripada 3 saat dan hampir 1 minit untuk paparkan semua kandungan dan mungkin lebih.


Internet explorer lebih 60 saat dan 2 minit untuk paparkan semua kandungan dalam halaman dan mungkin lebih.

Tidak percaya cuba la.

Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk anda.

Contoh paparan anda boleh lihat sendiri dengan melakukannya sendiri.

Bersambung muaturun dan install google crome.

Anda tidak akan berjaya menjadi penulis
sekiranya anda tidak menjadi pembaca
terlebih dahulu.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kekurangan Google Crome

Penggunaan Pangkalan data

Banyak pembangun masih menggunakan internet explorer dan kemasukan ke pangkalan data kebanyakannya tidak disokong oleh google crome.Berdasarkan pengalaman Universiti Terbuka Malaysia telah memulakan langkah menggunakan pangkalan data yang boleh di akses melalui pelayaran injin carian google crome.Pada firasat saya mungkin dalam 2 atau 3 tahun ke hadapan Google Crome akan menjadi sebahagian daripada injin carian yang popular.


Penggunaan add-ons/extension


Google Chrome amat sesuai untuk membuka laman berita seperti berita harian, utusan dan halaman-halama portal pendidikan yang biasanya memaparkan teks namun dikatakan tidak dapat menandingi firefox khasnya website atau portal yang mengandungi multimedia.



Crash dan Hang

Berlaku crash dan hang apabila terlalu banyak multimedia yang melibatkan flash.Namun kekerapannya masih ditahap minimum.


 Opps setakat ini sahaja pengalaman yang dapat saya kongsi dengan anda.


Bersambung.


Ingin tambah boleh lah kongsikan.

Khamis, 30 September 2010

Kelebihan Google Chrome

Setahun yang lepas saya telah mencuba Google Chrome dari google. Saya mendapati bahawa terdapat kelebihan dan kelemahan pada google chrome.Setelah memasang Google Chrome saya amat tertarik dengan kecepatan data yang ingin dicapai dengan fungsi loading yang agak pantas berbanding dengan firefox dan internet explorer.Antara kelebihan yang dapat saya lihat adalah :
Amat Sesuai membuka Website atau blog yang mengandungi grafik yang banyak.
Berdasarkan pengalaman, google crome lebih cepat memaparkan grafik berbanding dengan injin carian yang lain. Google Chrome direka untuk pengguna yang menggunakan laman web secara kerap untuk mencari maklumat, memeriksa e-mel, membaca berita online, membeli-belah atau berhubungan dengan rakan. Google Chrome OS dibina berdasarkan konsep sumber terbuka bagi menggalakkan kodnya diuji oleh komuniti berkenaan yang mampu melakukan penambah baikkan sistem dari semasa ke semasa.
Penggunaan ruang memori yang sedikit
Penggunaan ruang memori yang sedikit memudahkan capaian data walaupun computer yang menggunakan memori yang rendah.Jika anda tidak percaya anda boleh mencuba dan buat perbandingan.

Laju dan selamat
Ia menekankan aspek laju, mudah dan selamat sebagai ciri utama dalam pembangunan Chrome OS. Pengalaman menggunakan Chrome pasti mengagumkan kerana ia ringan dan tidak disaratkan dengan antaramuka yang maksimum. Ia dikaji dari pelbagai aspek bagi memastikan keselamatan yang ketat bagi mengelakkan pengguna terdedah kepada bahaya virus, malware dan sebagainya.





Bersambung 


Kelebihan Google Chrome.