Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Sabtu, 23 Oktober 2010

Jangan Biarkan Dirinya Dinodai Dengan Mudah

Gambar Hiasan

Dalam kehidupan anda yang memilikinya anda perlu tahu menjaganya dengan baik supaya ia sentiasa berada dalam keadaan selamat dari penyakit.Apabila ia terbiar dalam keadaan yang tidak terjaga dengan baik ia mudah dinodai oleh sang makhluk asing yang sentiasa ingin merosakkan kebahagian anda.

Oleh yang demikian kita perlu sedar bahawa dengan beberapa langkah yang mudah ia mungkin akan dapat membantu anda menyelamatkannya daripada terlalu mudah untuk dinodai oleh makhluk tersebut.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tips untuk menyelamatkan komputer anda agar tidak mudah dirosakkan oleh makhluk tersebut.Virus merupakan makhluk yang sentiasa menjadi masalah kepada kita.Tiba-tiba selepas sedut fail komputer meragam.Aduh, banyak kerja yang hendak diselesaikan komputer buat hal lagi.

2 tips ini mungkin dapat membantu anda apabila menggunakan “pendrive”.Dua tips tersebut adalah :-

Jangan klik secara langsung “pendrive” anda,sebaliknya gunakan “right click” atau klik kanan untuk membuka fail dari “pendrive” anda.Sebagai contoh “open in new windows” atau “explore”.

Nyahkan “autorun”.Ini boleh dilakukan pada komputer anda dengan membuka “control panel”.Ia boleh dicapai dengan memilih “hardware and soundsection” dan kemudian pilih “Auto Play”.Anda boleh lihat pilihan “Use AutoPlay for all media and devices”, nyahkan tanda untuk fungsi “autoplay”.Cara ini hanya boleh dilakukan pada windows 7.Untuk windows lain daripada itu anda boleh merujuk laman berikut :


Klik disini : Maklumat lanjut


Tips akan datang …

Bagaimana hendak mengenal virus tersembunyi…..hihihi.

2 ulasan:

  1. betul tuh..dulu gua x tahu yg autoplay nie banyk virus yg boleh mnjangkiti pc gua, men tekan jerk..la nie idok lagi..gua disable teruih registry dan install virus identify..kira leh detect autorun

    BalasPadam