Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Jumaat, 30 Disember 2011

Kehangatan 2011 Dengan SBPA Dan Pilihanraya PRU13

Tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya.Penutup tahun 2011 melihat perbincangan hangat dalam dunia maya berkaitan pelaksanaan SBPA pada tahun 2012. Pelbagai andaian dibuat berkaitan pelaksanaannya yang bermula pada Januari 2012. Walaupun pada dasarnya pembuat dasar menyatakan ia adalah yang terbaik namun dalam kalangan penjawat awam khasnya bagi mereka yang teliti melihat kepada terma-terma dan kandungannya memperlihatkan ketidakpuasan mereka melalui komen menerusi pelbagai media massa. Apapun, secara umumnya mahu atau tidak jawapannya tandatangan juga....

Rentetan daripada itu juga masalah yang jelas menerusi aplikasi atas talian yang dibina untuk membolehkan penjawat awam dari pelbagai sektor untuk mengemukakan pilihan opsyen mereka secara atas talian namun ternyata aplikasi tersebut bagaikan indah khabar dari rupa...kesukaran dalam mengemaskini maklumat yang tidak lengkap dan sebagainya ditambah dengan ralat perisian yang menyukarkan pengguna menjadikan penjawat awam membuat pilihan melakukan secara manual.

Penghujung 2011 juga telah memaparkan kisah-kisah politik yang amat mengejutkan semua rakyat. Mungkinkah pilihanraya PRU13 ini menjadi sejarah pada tahun 2012 atau sebaliknya.Terlalu banyak isu melalui media massa sehinggakan adakalanya mengelirukan semua pihak khasnya bagi isu-isu sensitif. Walaubagaimanapun, pilihanraya semakin hampir jom semak dimana anda mendaftar melalui atas talian.....
.
.
.
.
senang dah mudah
.
.
hanya masukan kad pengenalan kita dah dapat tahu dimana kita mengundi.
.
.
KLIK > DISINI < Semakan tempat membuang undi.

Selamat melaksanakan tanggungjawab, pilihan bijak ditangan anda.

Selamat Melangkah ke tahun baru 2012 semoga anda beroleh kejayaan.
.
.
.
- Tamat -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan