Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label Aplikasi atas talian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aplikasi atas talian. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Januari 2014

Menukar Ringgit Malaysia MYR dan Dolar Amerika Syarikat USD

US Dollar equals
3.30 Malaysian Ringgit



Secara atas talian.

Sila ke pautan berikut untuk pengiraan :

Pengiraan secara atas talian

Ahad, 28 April 2013

Sumber PRU13 Rujukan Sahih


Merujuk dan melakukan carian atas talian cukup mudah namun kita perlu berhati-hati dengan sumber maklumat berkaitan. Maklumat atas talian boleh dimanupulasi oleh pelbagai pihak. Merujuk kepada sumber yang tepat adalah cara paling selamat dari mengelak sebarang kesilapan maklumat. Heboh tentang PRU13 2013 yang kian hampir iaitu pada 5 Mei 2013 adalah wajar bagi kita merujuk sesuatu sumber dengan berfokuskan kepada halaman rasmi yang telah disediakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Merujuk kepada sumber yang sahih menyelamatkan kita daripada kesilapan menyebarkan maklumat.

Contoh di atas merupakan sumber rujukan sahih melalui portal SPR. Melalui pautan tersebut kita akan dapat memperolehi bahan berkaitan dengan lebih tepat dan sahih.

Sumber Bahan : Portal Rasmi PRU13

Selamat memilih 05 Mei 2013 08:00 Pagi - 05:00 Petang.

Ahad, 21 April 2013

Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum PRU 13 2013 (SPMPRU)


Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum PRU 13 2013. Sistem yang membolehkan pengguna atas talian membuat semakan calon-calon yang bertanding sempena PRU13 2013. Melalui sistem ini pengguna akan mendapat laporan dengan lebih jelas dan sahih berkaitan calon yang akan bertanding pada PRU13 2013 pada 5 Mei 2013.


Senarai calon dan yang disahkan layak bertanding Parlimen/Dewan Undangan Negeri PRU 13 2013 pada 5 Mei 2013 dapat diperolehi melalui pilihan yang disediakan bagi setiap negeri. Klik Jana Laporan dan semua senarai calon dapat diperolehi dengan mudah.

Sumber : Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Perkhidmatan atas talian - Keputusan Penamaan Calon PRU Ke-13

Selamat memilih calon .....

Selasa, 2 April 2013

APLIKASI MASA KINI


Aplikasi yang banyak diagihkan ke satu sumber bukan satu tindakan yang bijak untuk memperolehi data. Walau apapun tujuan kutipan data dilakukan objektifnya tetap sama iaitu mendapatkan data berkaitan untuk tindakan sesuatu organisasi. Apa yang berlaku pada masa kini, setiap organisasi yang terdiri daripada pelbagai unit atau bahagian mewujudkan aplikasi yang mengandungi komponen yang sama walaupun dalam satu organisasi. Patutlah beban bertambah, maklumat yang sudah sedia ada di kunci masuk sedangkan maklumat berkaitan sudah ada dalam aplikasi sedia ada. Lagi parah bila setiap unit mempertahankan data yang diwujudkan sedangkan banyak kecacatan dari segi pengisian maklumat.

Perlu difikirkan kenapa "sumber" mempersoalkan mengapa perlu aplikasi yang sama sedangkan data sudah sedia ada. Apa tujuan, agenda disebaliknya. Jawapan aplikasi A untuk tujuan kewangan, aplikasi B untuk tujuan tenaga buruh adalah tidak relevan kerana data dalam aplikasi A boleh diguna untuk kedua-dua tujuan dengan sedikit penambahbaikan. Pembangun perlu melihat aplikasi sedia ada jika terus juga mewujudkan aplikasi lain dengan hanya melakukan kemasukan data berkaitan sahaja bukan memasukan semua maklumat yang sedia ada. Dalam erti kata lain aplikasi sistem seumpama ini telah menyebabkan data sering dipersoalkan. Akhirnya, masing-masing menyalahkan unit atau bahagian-bahagian tertentu untuk melepaskan kesalahan sendiri ke unit atau bahagian lain.


Kalau dapatlah semua medan dalam aplikasi yang bertindih di transformasikan ke bentuk satu aplikasi di atas maka ada banyak isu yang dapat diselesaikan. Data seragam, sumber dari pihak yang satu hanya perlu melakukan pengisian sekali data diambil dari satu sumber. Tiada unit atau bahagian mempersoalkan. Tiada yang menyalahkan unit atau bahagian lain, tiada juga unit yang mempertahankan aplikasinya walaupun banyak kecacatan dari segi pengisian. Aplikasi menjadi hak bersama mengikut keperluan unit masing-masing.

- Fikir-fikirkan la -




Jumaat, 30 Disember 2011

Kehangatan 2011 Dengan SBPA Dan Pilihanraya PRU13

Tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya.Penutup tahun 2011 melihat perbincangan hangat dalam dunia maya berkaitan pelaksanaan SBPA pada tahun 2012. Pelbagai andaian dibuat berkaitan pelaksanaannya yang bermula pada Januari 2012. Walaupun pada dasarnya pembuat dasar menyatakan ia adalah yang terbaik namun dalam kalangan penjawat awam khasnya bagi mereka yang teliti melihat kepada terma-terma dan kandungannya memperlihatkan ketidakpuasan mereka melalui komen menerusi pelbagai media massa. Apapun, secara umumnya mahu atau tidak jawapannya tandatangan juga....

Rentetan daripada itu juga masalah yang jelas menerusi aplikasi atas talian yang dibina untuk membolehkan penjawat awam dari pelbagai sektor untuk mengemukakan pilihan opsyen mereka secara atas talian namun ternyata aplikasi tersebut bagaikan indah khabar dari rupa...kesukaran dalam mengemaskini maklumat yang tidak lengkap dan sebagainya ditambah dengan ralat perisian yang menyukarkan pengguna menjadikan penjawat awam membuat pilihan melakukan secara manual.

Penghujung 2011 juga telah memaparkan kisah-kisah politik yang amat mengejutkan semua rakyat. Mungkinkah pilihanraya PRU13 ini menjadi sejarah pada tahun 2012 atau sebaliknya.Terlalu banyak isu melalui media massa sehinggakan adakalanya mengelirukan semua pihak khasnya bagi isu-isu sensitif. Walaubagaimanapun, pilihanraya semakin hampir jom semak dimana anda mendaftar melalui atas talian.....
.
.
.
.
senang dah mudah
.
.
hanya masukan kad pengenalan kita dah dapat tahu dimana kita mengundi.
.
.
KLIK > DISINI < Semakan tempat membuang undi.

Selamat melaksanakan tanggungjawab, pilihan bijak ditangan anda.

Selamat Melangkah ke tahun baru 2012 semoga anda beroleh kejayaan.
.
.
.
- Tamat -