Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining

Selasa, 2 April 2013

APLIKASI MASA KINI


Aplikasi yang banyak diagihkan ke satu sumber bukan satu tindakan yang bijak untuk memperolehi data. Walau apapun tujuan kutipan data dilakukan objektifnya tetap sama iaitu mendapatkan data berkaitan untuk tindakan sesuatu organisasi. Apa yang berlaku pada masa kini, setiap organisasi yang terdiri daripada pelbagai unit atau bahagian mewujudkan aplikasi yang mengandungi komponen yang sama walaupun dalam satu organisasi. Patutlah beban bertambah, maklumat yang sudah sedia ada di kunci masuk sedangkan maklumat berkaitan sudah ada dalam aplikasi sedia ada. Lagi parah bila setiap unit mempertahankan data yang diwujudkan sedangkan banyak kecacatan dari segi pengisian maklumat.

Perlu difikirkan kenapa "sumber" mempersoalkan mengapa perlu aplikasi yang sama sedangkan data sudah sedia ada. Apa tujuan, agenda disebaliknya. Jawapan aplikasi A untuk tujuan kewangan, aplikasi B untuk tujuan tenaga buruh adalah tidak relevan kerana data dalam aplikasi A boleh diguna untuk kedua-dua tujuan dengan sedikit penambahbaikan. Pembangun perlu melihat aplikasi sedia ada jika terus juga mewujudkan aplikasi lain dengan hanya melakukan kemasukan data berkaitan sahaja bukan memasukan semua maklumat yang sedia ada. Dalam erti kata lain aplikasi sistem seumpama ini telah menyebabkan data sering dipersoalkan. Akhirnya, masing-masing menyalahkan unit atau bahagian-bahagian tertentu untuk melepaskan kesalahan sendiri ke unit atau bahagian lain.


Kalau dapatlah semua medan dalam aplikasi yang bertindih di transformasikan ke bentuk satu aplikasi di atas maka ada banyak isu yang dapat diselesaikan. Data seragam, sumber dari pihak yang satu hanya perlu melakukan pengisian sekali data diambil dari satu sumber. Tiada unit atau bahagian mempersoalkan. Tiada yang menyalahkan unit atau bahagian lain, tiada juga unit yang mempertahankan aplikasinya walaupun banyak kecacatan dari segi pengisian. Aplikasi menjadi hak bersama mengikut keperluan unit masing-masing.

- Fikir-fikirkan la -




Tiada ulasan:

Catat Ulasan