Maklumat berkaitan teknologi maklumat,perisian komputer,microsoft office,tips-tips berkaitan komputer,enjin carian dan sebagainya.

Genesis Mining - Easy Mining
Memaparkan catatan dengan label Perisian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perisian. Papar semua catatan

Khamis, 28 Oktober 2010

Tempat-tempat muaturun atau “download” perisian



Banyak perisian yang kita boleh muaturun secara percuma yang boleh membantu anda untuk memastikan komputer anda stabil dan dapat membantu anda melaksanakan kerja-kerja dengan lebih mudah diantara tempat-tempat tersebut adalah seperti disini :

.
.
.
Disini
.
.
.
Jenama Pusat Pembekal
.
.
Contoh :
.
.
.
Disini
.
.
atau
.
.
.
Disini
(rakan-rakan blogger lagi banyak tu)
.
.
Dan
.
.
Kalau nak selamat muaturun berdasarkan jenama ataupun mereka yang menyediakan perkhidmatan sokongan untuk jenis pc,laptop,destop,printer(pencetak) dan sebagainya.
.
.
Penting agar anda tidak terpedaya dengan penyamaran dan terkena jangkitan makhluk halus atau virus,malware,spyware dan sebagainya.
.
.
.
Kalau ada rakan-rakan yang lebih maklumat bolehlah kongsi.
.
.
.
One2paii…gua tahu lu banyak maklumat yang boleh lu kongsikan.

Perkongsian itu baik untuk faedah bersama.

Ahad, 17 Oktober 2010

Wajah Tak Berubah Badan Berubah

Ini ialah perisian percuma bagi menukar badan tetapi wajah yang sama.Dengan sekali klik badan akan diubah tetapi tidak mengubah wajahnya.

Perisian ini sebenarnya menukar fail format MS Word,MS Power Point dan Excell.Apa yang menariknya disini fail MS Power Point boleh ditukar kepada flash.Semua MS Office disokong dengan menggunakan perisian ini termasuk 2007.Paling menarik ia percuma.Anda boleh mencuba menggunakan perisian ini dengan melayari……


Selamat Mencuba.

Selasa, 14 September 2010

Muaturun Video Youtube

Youtube Downloader

Perisian ini akan digunakan untuk download video dari youtube dan menukarkan format video tersebut agar ia boleh diedit. Kemudian, savekan file tersebut dan installkannya di komputer anda.Cara installkannya mudah saja klik dan ikut sahaja step dari awal hingga akhir.

Ini pula pautan untuk muaturun percuma tidak berbayarpun : 



2 Download Youtube Online

Ini lagi satu perisian muaturun video youtube secara online.Perisian ini lagi ringkas dan cuma anda perlu online masukan alamat url youtube yang anda hendak muaturun pilih format dan klik.

Langkah 1 - Buka perisian online ini.


Ini paparan urlnya klik disini : KEEPVID

Langkah 2

Buka browser carian baru melalui tab.Saya guna Google sebab ia cepat. Jadi cubalah guna google.Kemudian taipkan apa yang anda ingin muaturun contohnya :



Susah hendak cari google klik sahaja url di atas.Kemudian taipkan carian anda contoh : Banjir Di Pasir Putih youtube. Kalau ada keluar la apa yang anda ingin cari.seperti paparan berikut :


Sudah keluar carian saya.Klik pada pautan berwarna biru youtube-Kg. Pasir Putih Tawau banjir lagi (2).



Inilah yang aku mau muaturun ini.

Anda bolehlah mulakan langkah seterusnya.



Langkah 3

Buka semula perisian KEEPVID tadi.Kemudian salin url youtube yang anda ingin muaturun.



tampalkan url yang anda salin tadi.url contoh : http://www.youtube.com/watch?v=9gXd5YPlA4s. Dari mana dapat url itu?. Nampak di atas carian tadi.Itulah url yang anda salin dan tampalkan di perisian KEEPVID kemudian klik download sebelahnya sahaja itu. Tunggu kejap kemudian pilih format.Ada 6 format biasanya saya pilih yang ke-6 - high quality. Muaturunpun bermula tunggu sahaja sampai habis.

Dengan yang demikian anda bolehlah lihat walaupun tanpa online video tersebut.

Sekian Selamat Mencuba.

Terima kasih Tuan Sappe [Perkongsian yang menarik].

Disebarkan Untuk Faedah Bersama.







Sabtu, 14 Ogos 2010

Buka Fail Office 2007



Sekiranya kita ingin membuka fail office 2003 dengan menggunakan fail office 2007 itu adalah perkara biasa.Namun untuk membuka fail 2007 dengan persekitaran office 2003 pasti mendatangkan masalah bagi kita. Jadi apa yang perlu kita lakukan adalah dengan menggunakan FileFormatConverters.exe dimana kita akan dapat membuka fail 2007 menggunakan persekitaran office 2003.

Bagi maksud tersebut maka kita perlukan perisian tersebut.Bagi mendapatkan perisian tersebut anda boleh muaturun di halaman berikut > Muat Turun Perisian Fail Konverter

Kemudian salin ke komputer anda untuk membuka fail 2007 tadi dengan mudah. Selamat mencuba.

Khamis, 12 Ogos 2010

GIMP

GIMP adalah singkatan dari GNU Image Manipulation Program (Program Manipulasi Gambar GNU). Ini adalah perisian yang fungsinya hampir menyerupai Adobe Photoshop dan diedarkan secara percuma untuk tugas-tugas seperti mengedit gambar. GIMP juga memiliki banyak kemampuan. Sebagai contoh ia dapat digunakan untuk aktiviti catan yang mudah, mengabungkan pelbagai imej dan teks, menambahkan kesan-kesan artistik, mengubah format gambar dan banyak lagi. GIMP ditulis dan dikembangkan di bawah X11 pada platform UNIX. Tapi pada dasarnya kod yang sama juga berjalan pada MS Windows dan Mac OSX.Pelajari pengetahuan asas, tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh perisian GIMP dengan lebih berkesan melalui laman-laman web berikut;

• http://www.gimp.org/tutorials/
• http://gimp-tutorials.net/
• http://www.gimp-tutorials.com/

perisian penyuntingan imej berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah The Gimp yang boleh dimuatturun melalui alamat; http://www.gimp.org.Anda juga boleh mempelajari perisian ini melalui > http://www.graphicstoolseries.com/gimpvid/ < dengan sedikit bayaran untuk memantapkan penggunaan penyuntingan imej ini.

Sumber : http://sajadstudio.info

Ahad, 8 Ogos 2010

Window 7


Sumber : Perkongsian Dari Blog ANJUNGBLOG.COM 
Kita sedia maklum bahawa Windows 7 telah dilancarkan beberapa bulan dahulu oleh Microsft Corp dan anjungweb telah memperkenalkan serba sedikit berkenaan sistem operasi ini ( Windows 7 ). Dikatakan Windows 7 merupakan sistem operasi terbaik yang telah dihasilkan oleh Microsoft dan ramai pengguna komputer telahpun menggunakan Windows 7. Ramai pengguna yang mengatakan sistem operasi baru ni lebih user friendly dan paparan antaramuka yang menarik. Ia juga mampu memproses lebih pantas berbanding sistem operasi sebelum ini iaitu Windows Vista.
Mungkin ramai mempunya tips tersendiri dalam melarikan sistem operasi baru ini mengikut keperluan masing-masing. Kita akan lebih membincangkan tips asas yang perlu diketahui dalam Windows 7 untuk memudahkan tugas harian kita.
1) Sandaran dan Pemulihan ( Backup and Restore )
Pasti kita akan mengalami masalah jika fail yang disimpan didalam komputer hilang dan tiada sandaran mengenai fail-fail tersebut. Sandaran (baca backup) merupakan satu alat yang sangat bagus telahpun tersedia didalam Windows 7. Fungsi ini membolehkan kita membuat sadaran dan memulihkan fail yang terkandung didalam komputer. Alat ini juga mampu berfungsi untuk membuat sandaran bagi Registry iaitu pangkalan data untuk keseluruhan konfigurasi sistem.
2) CD pemulihan (Recovery Disk)
Kerosakan boleh berlaku pada sistem operasi dan ia mengambil masa serta tenaga untuk membina semula sistem operasi pada komputer. Malahan data yang tersimpan juga mungkin tidak dapat diselamatkan. Mungkin anda tidak pernah mengalami perkara ini tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, Windows 7 mempunyai fungsi untuk membina CD/DVD pemulihan bagi membantu membaiki masalah yang timbul agar dapt menggunakan Windows 7 semula.
3) Menyulitkan data didalam USB atau Cakera Keras
Windows 7 juga didatangkan dengan BitLocker. BitLocker pada Windows 7 membuat perlindungan yang mudah kerana ia mampu berfungsi dengan hampir semua pemacu. Windows 7 memudahkan penyulitan pemacu dalaman dengan secara automatik membina boot tersembunyi untuk  melindungi data sistem operasi. BitLocker boleh dilancarkan dengan hanya klik kanan pada tetikus. Cukup mudah, bukan?
4) Windows HomeGroup
Bagi rumah yang mempunyai lebih 1 komputer (masa kini selalunya sekurang-kurang satu desktop dan komputer riba akan ada di sesebuah rumah), HomeGroup membolehkan kita membuat sambungan antara komputer dengan mudah dan pantas. Ia membolehkan kita berkongsi fail, gambar, musik (MP3, AVI, MPEG), pencetak dan lebih lagi dengan hanya rangkaian mudah dirumah. Ia pasti mejimatkan masa untuk berkongsi data-dta tersebut tanpa perlu bersusah.
5) AppLocker
Seperti biasa, komputer yang ada dirumah kan dikongsi ramai dan mampu membuatkan kita pening kepala. Dengan AppLocker, kita mampu mengawal perisian yang dibenarkan untuk dilancarkan pada desktop mengikut polisi yang telah ditetapkan berdasarkan akaun pengguna. AppLocker menghalang persian yang tidak dibenarkan tanpa perlu sebarang pengetahuan mendalam berkenaan polisi kumpulan.
6) Pengaktifan Mod Windows XP
Seperti kebiasaan, kita mungin ragu-ragu untuk menaik taraf sistem operasi yang sedia ada kerana perisian yang tidak serasi. Dalam Windows 7, ada satu fungsi yang membolehkan kita memasang perisian yang sedia ada dengan menggunakan mod Windows XP. Ini dapat membantu mengurangkan kos untuk membeli perisian baru dan mungkin perisian tersebut amat diperlukan untuk melakukan tugas-tugas harian.
7) AeroSnap dan AeroPeek
AeroSnap dan AeroPeek merupakan dua fungsi yang dapat membantu anda berkerja dengan lebih effisien didalam Windows 7. AeroSnap membolehkan kita untuk “dock” skrin yang sedia ada. Jika kita mahu membandingkan antara tetingkap bersebelahan, fungsi ini dapat membantu dengan mudah. AeroPeek pula membantu kita agar memfokus terhadap apa yang dikehendaki pada paparan skrin. Fungsi ini membolehkan kita fokus kepada sesuatu yang perlu sahaja.

Ahad, 1 Ogos 2010

Photoshop

ASAS ADOBE PHOTOSHOP

Ramai yang ingin belajar tentang penggunaan photoshop selain daripada membeli buku di kedai sebagai rujukan anda juga boleh belajar secara maya atas talian dimana anda akan diajar dengan cara mengubah gambar secara langkah demi langkah.Perkara utama yang perlu anda ketahui adalah dengan mengetahui asas sebelum mempelajari sesuatu perisian.Dibawah ini adalah merupakan sumber-sumber rujukan untuk anda. Selamat mencuba :


1. Blog baloostisme asas photoshop

2. Menguasai photoshop dalam masa seminggu > Klik Disini <

3. Belajar seni photografik dengan photoshop > Klik Disini <

4. Toturial menggunakan photoshop melalui youtube seperti di bawah ini :



Cuba la. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.